BARU sekejap saya menghubungi dengan Sanusu Junid yang pada waktu ini berada di lapangan terbang Alor Star dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Dalam percakapan ringkas itu beliau memberi tahu tindakannya keluar Umno bersama Mahathir Mohamad tengah hari tadi mempunyai beberapa alasan.
Antara alasannya menurut Sanusi ialah kerana tidak tahan lagi dengan cara Abdullah mentadbirkan negara yang dikira merugikan bangsa dan negara. “Banyak alasannya antaranya ialah kerana saya tidak rela melaihat bangsa dan negara saya dijual kepada bangsa asing,” katanya ringkas.
Beliau tidak dapat berbicara panjang dan meminta agar menghubunginya esok.
Dalam pada itu beliau sempat menyebut, “kini saya sudah tidak ada masalah lagi kalau nak bercakap dengan Pas,”. Apakah beliau memberi klu selepas ini bekas MB Kedah itu akan bersama Pas bagi meneruskan perjaungan membela Melayu dan Islam.
Semasa pilihan raya lalu Sanusi yang menghubungi penulis beberapa kali dan meminta penulis menyampaikan salam kepada pemimpin Pas. Beliau juga turut sama memberi beberapa petua kepada Pas untuk memenangi pilihan raya lalu.










