Awas! pemetik api terselit gambar lucah

KOTA BHARU, 8 Jun (Hrkh) – Jangan terkejut apabila anda menyalakan api selepas membeli pemetik api (lighters) baru, akan terpampang gambar lucah.

Ibu bapa seharusnya lebih berhati-hati bagi memastikan lighters itu tidak terlepas ke tangan anak-anak.

Inilah adalah sebahagian agenda pihak tertentu yang mahu menghancurkan umat Islam secara senyap.

Imam Masjid Al-Qasimi Mukim Parit Lama, Limbat, Ismail Muhamad berkata, pengusaha produk terbabit sengaja mahu merosakkan umat Islam terutamanya golongan remaja.

�Pemetik api itu dijual dengan harga runcit RM2 satu tanpa ditulis sebarang jenama tetapi boleh dipilih dengan pelbagai warna,� katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ismail berkata, beliau terkejut apabila seorang penduduk menunjukkan lighters tersebut setelah membelinya di sebuah kedai runcit.

�Apabila suiz lampu suluh pada pemetik api itu dipasang ia mengeluarkan cahaya dengan tayangan gambar (wanita) dalam aksi lucah. Oleh itu diharap pihak berkuasa segera memantau premis yang menjualnya,� kata beliau.

Beliau juga bimbang produk itu sudah tersebar di kalangan remaja.

Zulkarnain Ismail, 27 dari Kubang Keranji juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana dibimbangi pihak tertentu sengaja mahu merosakkan umat Islam.

Shamsuddin Mohamad, 48 dari Kampung Padang Mo�kan berkata, pihak pengeluar sengaja mengedarkan pemetik api terbabit boleh menjerumuskan remaja kepada aktiviti yang tidak sihat. – mj _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s