Azizah: Serah awal laporan RMK9

Ketua pembangkang meminta Dewan Rakyat menyerahkan Laporan Pertengahan Penggal Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) diserahkan kepada semua anggota dewan “sekurang-kurangnya seminggu” sebelum persidangan bermula 23 Jun.

“Memandangkan jadual persidangan agak ketat dengan pelbagai aturan mesyuarat, saya mengesyorkan agar salinan Laporan RMK 9 tersebut dapat diserahkan kepada semua ahli dewan sekurang-kurangnya seminggu sebelum persidangan bermula,” kata Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam suratnya hari ini kepada yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Laporan RMK9 adalah dokumen penting yang menentukan hala tuju negara.

“Justeru masa yang mencukupi harus diberikan kepada ahli-ahli dewan untuk mengkaji, meneliti dan memahami laporan tersebut.”

Malaysiakini difahamkan, laporan tersebut akan diserahkan kepada semua ahli parlimen selepas dewan mula bersidang dan dipercayai dibincangkan selama seminggu.

Dr Wan Azizah juga berkata, ahli dewan wajar dibenarkan membuat penilaian semula cadangan-cadangan projek bawah RMK9 terutama selepas kenaikan harga petrol yang diumumkan minggu lepas.

Menurut jurucakapnya, surat rasmi berhubung permintaan tersebut dihantar kepada Pandikar Amin jam 2.30 petang tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s