Bantah kenaikan caj parking, pemuda akan berhimpun depan DBKL

Kuala Lumpur, 12 Jun (Hrkh) – Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan himpunan aman di hadapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekiranya PBT itu enggan menarik semula keputusan menaikan kadar caj tempat letak kereta dari 60 sen kepada 80 sen.

Demikian Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad sebagai respon terhadap kenaikan caj tempat letak kereta yang dianggap sebagai tindakan menangguk di air keruh.

Belum habis isu kenaikan harga minyak, Datuk Bandar DBKL mengumumkan pula kenaikan caj tempat letak kereta yang didakwa berpunca dari penukaran sistem lama kepada Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE), katanya.

Alasan DBKL itu tidak munasabah kerana SLKE hanya menggunakan tenaga solar untuk berfungsi pada waktu siang dan mengggunakan bateri pada waktu malam dan tiada kaitan dengan penggunaan minyak atau pun elektrik, katanya.

Pemuda PAS Wilayah juga menolak alasan bahawa kenaikkan itu didorong oleh kos yang telah dikeluarkan kerana sepatutnya kos itu akan dibayar melalui kutipan caj tempat letak kereta seperti biasa, katanya.

Kadar lama iaitu 60 sen sejam memadai bagi membayar semula kos yang dikeluarkan memandangkan jumlah mesin itu yang ditempatkan tidak terlalu banyak bagi satu – satu tempat. Ianya lebih menjimatkan berbanding sistem lama yang menggunakan satu parking satu meter.

Oleh itu, DBKL wajar menarik semula keputusan itu atau rakyat akan berdemontrasi di hadapan pejabat mereka di Jalan Raja Laut pada pukul 10 pagi, 15 Jun 2008, tegas Kamaruzzaman. – mks. _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s