“DBKL sapu garam pada luka” Dr Lo’Lo

Oleh siasahdaily.blogspot.com
Khamis, 12 Jun 2008


AHLI Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo Ghazali menyertai bantahan di Jalan Pahang sebentar tadi (gambar dan teks Siasahdaily)

KL: Semalam di umumkan, hari ini anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali turun ke Jalan Pahang Barat dekat sini bagi membuat protes kenaikan kadar parking di Kuala Lumpur.

Jalan Pahang adalah sebagian dari jalan yang menerima sistem baru meter parking yang dibuat secara elektronik ini.

Kalau sebelum ini, kawasan Pekeliling Busines Centre tidak terkena sebarang bayaran parking, mulai Isnin 16 Jun depan, pemilik kenderaan di situ juga mula dikenakan bayaran parking dengan kadar baru 80 sen sejam ini.

Dr Lo’ Lo’ bersama pemilik kenderaan sekitar jalan pahang telah berdemo bagi membantah kenaikan parking itu.

Beliau menyifatkan DBKL kejam.

“Dahlah rakyat luka dengan kenaikan harga minyak, DBKL datang menyapukan garam pula ke atas luka ini,” katanya membantah.

Kawasan Jalan Pahang terletak di bawah parlimen Titiwangsa yang diwakili beliau.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato’ Ab Hakim Borhan berkata, Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE) berkuatkuasa Isnin ini dan pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang.

“Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam,” katanya kepada pemberita semasa Program Datuk Bandar Bersama Media di DBKL di semalam.

Beliau juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum.

Buat permulaan kadar dan langkah-langkah baru itu hanya dilaksanakan di kawasan yang dilengkapi dengan SLKE bagi fasa pertama iaitu di kawasan Bukit Bintang, Masjid India, Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Chow Kit, Pudu, Kompleks Damai dan Jalan Loke Yew.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s