Demo 13 Jun: Pemuda PAS disiasat

Posted by SM Maulana

Gara-gara merancang perarakan membantah kenaikan harga minyak esok, setiausaha Pemuda PAS Pusat dan ketua Pemuda Wilayah Persekutuan disiasat di balai polis Dang Wangi.

Sabki Yusoff dan Kamaruzaman Mohamad dipanggil polis tidak lama selepas mengumumkan pada Selasa lalu acara perarakan dari masjid Kampung Baru ke Suria KLCC.

Malaysiakini difahamkan, Sabki memaklumkan bahawa perhimpunan ini berlangsung secara aman sebagai menzahirkan rasa tidak berpuas hati orang ramai terhadap keputusan mendadak kerajaan Rabu minggu lepas.

Pemuda PAS bersama pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan perarakan besar-besaran sejauh lebih dua kilometer Jumaat ini.

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman mendadak kenaikan harga minyak sejak seminggu lalu.

Beberapa demonstrasi kecil pernah diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Dianggarkan beberapa ribu orang akan hadir Jumaat ini bersama ketua-ketua pergerakan Pemuda Pakatan, antaranya Salahuddin Ayub dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s