Demo: Polis jumpa Pemuda PAS

kemaskini 2:51pm Gara-gara merancang perarakan membantah kenaikan harga minyak esok, setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dipanggil ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Beliau diiringi ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad petang Selasa lalu untuk menjelaskan acara itu kepada polis.

Kedua-duanya berbincang selama kira-kira 30 minit selepas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan Sabtu lalu acara perarakan dari masjid Kampung Baru ke Suria KLCC.

Malaysiakini difahamkan, Sabki memaklumkan bahawa perhimpunan ini berlangsung secara aman sebagai menzahirkan rasa tidak berpuas hati orang ramai terhadap keputusan mendadak kerajaan Rabu minggu lepas.


Pic-Malaysiakini

Pemuda PAS bersama pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan perarakan besar-besaran sejauh lebih dua kilometer Jumaat ini.

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman mendadak kenaikan harga minyak sejak seminggu lalu.

Beberapa demonstrasi kecil pernah diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Dianggarkan beberapa ribu orang akan hadir Jumaat ini bersama ketua-ketua pergerakan Pemuda Pakatan, antaranya Salahuddin Ayub dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s