Jurucakap Bersih dipanggil polis

Posted by SM Maulana

Dua petugas urusetia Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) enggan menjawab soalan-soalan pegawai penyiasat polis berhubung perhimpunan besar gabungan itu November lalu.

“Kami hanya memberikan jawapan terhadap soalan berkaitan pertubuhan, latar belakang pertubuhan (Bersih) dan perhimpunan pada 10 November lalu.

“Kami mendapat nasihat daripada peguam supaya tidak menjawab soalan lain yang dikemukakan,” kata Faisal Mustaffa kepada pemberita selepas tamat siasatan kira-kira sejam.

Faisal, yang juga jurucakap urusetia Bersih, dan Medaline Chang dipanggil memberikan keterangan hari ini di ibu pejabat polis Bahagian Jenayah Perdagangan, Kuala Lumpur.

Siasatan itu, menurutnya, dijalankan oleh ASP Amran Md Jusin, pegawai polis yang menghubungi mereka untuk tujuan itu minggu lalu.

Daripada 20 hingga 30 soalan yang disediakan oleh polis, kedua-dua mereka hanya menjawab soalan berkaitan latar belakang Bersih sahaja, tambah Faisal.

Lima hari selepas perhimpunan tahun lalu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dipanggil oleh bahagian yang sama untuk memberikan keterangan.

Pemimpin-pemimpin itu: naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, ahli jawatakuasa DAP pusat Ronnie Liu, naib presiden PAS Mohamad Sabu, ahli-ahli jawatankuasa PAS Dr Syed Azman Nawawi dan Mohd Anuar Tahir.

Faisal memberitahu Malaysiakini kelmarin, keterangan beliau dan Chang ini kali pertama diberikan kepada polis selepas perhimpunan tersebut yang dihadiri kira-kira 40,000 penyokong pembangkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s