Kenyataan Media Bersama Oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan

Posted by SM Maulana
DBKL Wajib Batalkan Kenaikan Caj Tempat Letak Kereta

KAMI selaku Ahli Parlimen mewakili rakyat di seluruh Kuala Lumpur berasa amat kecewa dengan tindakkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikan kadar caj tempat letak kereta di pusat bandar sehingga mencecah 35% dari 60 sen kepada 80 sen yang akan berkuatkuasa Isnin hadapan.

Tindakan ini umpama menangguk di air keruh dan menambahkan lagi beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikkan harga minyak sebanyak 78sen hingga RM1 minggu lalu.

Kami tidak menolak langkah proaktif DBKL bagi menukarkan sistem kutip caj tempat letak kereta yang lama kepada Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE). Walaubagaimana pun kami berharap agar DBKL mengkaji semula kenaikan ini yang didakwa berpunca dari perubahan sistem yang ada.

Kami difahamkan bahawa mesin yang digunakan untuk SLKE hanya menggunakan tenaga solar untuk berfungsi pada waktu siang dan menggunakan bateri pada waktu malam. Ianya tiada kaitan langsung dengan penggunaan minyak atau pun elektrik bagi jangka masa panjang.

Oleh itu, kenaikan ini adalah tidak wajar dilakukan jika disebabkan oleh penukaran sistem ini sahaja. Isu kos penukaran akan selesai dengan sendirinya bila kutipan dilakukan pada masa hadapan tanpa perlunya melibatkan sebarang kenaikan.

Untuk itu, DBKL harus prihatin pada situasi semasa rakyat dan wajib mengambil kira pandangan rakyat melalui wakil rakyat yang dilantik sebelum mengumumkan apa-apa dasar yang melibatkan perbelanjaan rakyat di masa hadapan.

Sekian. Terima Kasih.

“Berkhidmat Untuk Rakyat”

YB. Tan Sri Khalid Ibrahim
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

YB.. Dr. Tan Seng Giaw
Ahli Parlimen Kepong

YB. Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

YB. Dr. Lo’lo’ Mohammad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa

YB. Fong Kui Lun
Ahli Parlimen Bukit Bintang

YB. Wee Choo Keong
Ahli Parlimen Wangsa Maju

YB. Tan Kok Wai
Ahli Parlimen Cheras

YB. Tian Chua
Ahli Parlimen Batu

YB. Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Segambut

YB. Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s