Kes Lingam: AG lembab, letak jawatan segera!

Posted by SM Maulana

Anis Nazri – Harakah Daily
Thu | Jun 12, 08 | 4:18:36 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dianggap lembab dan wajar letak jawatannya dengan segera akibat tidak pantas bertindak dari Laporan Suruhanjaya Siasatan Klip Video VK Lingam.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin, tidak ada sebab untuk Ghani terus duduk diam tanpa mengambil sebarang tindakan untuk mendakwa pihak-pihak berkenaan, khususnya Mahathir.

Dalam kes seumpama ini, tambah beliau Ghani boleh bertindak menjalankan pendakwaan tanpa sebarang laporan polis dibuat, sebagaimana yang terpakai dalam kes Dato’ Seri Anwar dahulu.

“Bagaimanapun, Ghani dilihat terus lesu tanpa sebarang tindakan. Adakah beliau sedang bertindak untuk melindungi kalangan perasuah yang menyumbang ke arah kerosakan sistem kehakiman negara yang kian parah ini? ” soal beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, AMK mendesak agar Ghani bertindak segera, ataupun meletakkan jawatan sekiranya beliau gagal berfungsi dengan efektif demi menjunjung prinsip keadilan negara.

Dalam pada itu, Shamsul juga memandang serius pendedahan terbaru yang dilakukan Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Dato’ Ian HC Chin mengenai campurtangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekan pihak hakim.

Menurutnya, Chin mendedahkan ketika Persidangan Hakim pada 24 April 1997, Mahathir ketika itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan, berikutan keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997.

“Ini membuktikan betapa amalan mencengkam kehakiman menjadi tabiat semulajadi Mahathir, yang mana mengakibatkan pelbagai bentuk ketidakadilan telah berlaku,” tegas beliau. – mks._

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s