Membudayakan Amalan Rasuah

Dalam UMNO jangan kata nak bertanding Presiden atau MT, nak dapat pencalonan untuk bertanding jawatankuasa Bahagianpun rasuah sudah menjadi amalannya. Malahan, terdapat disesetengah cawangan nak jadi Ketua Cawanganpun kena ‘buka table’, belanja makan ahli cawangan.

Para pemimpin tertinggi UMNO hanya beretorik bila cakap nak hapuskan rasuah. Cuba Tanya dia, berapa banyak duit dia gunakan untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam beberapa Pemilihan Agong UMNO?.

Saya masih ingat semasa kempen PAU beberapa ketika dulu, seorang wakil rakyat yang juga Ketua Bahagian UMNO datang ke rumah saya dengan kereta cap bintangnya penuh dengan berkotak-kotak handphone, camera, kain samarinda dan kain pelekat.
Dia sendiri yang beritahu saya bahawa dia berkerja untuk si polan bin sipolan yang nak bertanding jawatan naib presiden.

Ada ketua Cawangan UMNO di Puchong yang berjumpa saya minggu lalu beritahu dia terpaksa bawa lebih kurang 100 orang untuk makan malam untuk menambat hati mereka agar mengundinya dalam perebutan jawatankuasa bahagian. Itu baru peringkat Bahagian.

Di Johor lagilah dahsyat, ada yang terpaksa menghabiskan RM10,000 hanya untuk menggekalkan jawatan Ketua Cawangan!!.

Bayangkan, ingat kalau si polan tu tidak nampak yang dia bolih kaut RM 10 atau 20 kali ganda, sanggupke dia nak labur RM10 ribu tu?

Beberapa orang sahabat saya dibeberapa bahagian UMNO di Johor sudah mula mengeluh, “stock fulus dah makin susut, tapi rating masih menakutkan”. Mereka mengeluh kerana terpaksa berhabis duit untuk pertandingan bahagian yang semakin hampir.

So, baik Muhyiddin atau Rais maupun Najib dan Abdullah Badawi, kau orang jangan cerita pasal kuota atau nak beteras rasuahlah. Kamu semua sama je!!

Lantaran itu, anak-anak Melayu muda yang ada ni, demi keselamatan dan kesejahteraan masa depan Agama, Bangsa dan Negara, tolonglah, tolong jauhkan diri daripada terjebak dan terjerat dalam politik UMNO.

Jauhkan diri anda daripada UMNO, bererti anda menjauhkan diri dari menghampiri rasuah. Anak muda Melayu Malaysia hanya ada dua pilihan, anda sertai PAS atau Parti KeADILan Rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s