PKPIM: Jangan aniaya rakyat

Posted by SM Maulana

Jun 12, 08 1:21pm
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyifatkan kenaikan harga minyak sebagai satu penganiayaan kepada rakyat dan membebankan kehidupan mereka.

“Justeru, PKPIM menyeru kerajaan menimbang dan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak tersebut,” kata Setiausaha Agung PKPIM, Abdul Muntaqim Zulkipli.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen menjadi RM1.92 seliter manakala diesel dinaikkan RM1 menjadi RM2.58 seliter.

“PKPIM berharap harga minyak di negara ini dapat diturunkan ke paras yang munasabah dan sesuai dengan kemampuan rakyat seluruhnya, dan sesuai dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, katanya, PKPIM berpendapat adalah amat tidak wajar untuk rakyat membayar harga minyak yang tinggi sedangkan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak yang lain adalah jauh lebih rendah.

“PKPIM juga meminta pihak kerajaan dan badan-badan berkaitan yang lain agar membuat penilaian secara lebih terperinci terhadap langkah-langkah yang telah dicadangkan bagi mengurangkan bebenan kenaikan harga minyak kepada rakyat.

“Adalah mustahil kenaikan harga minyak tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain.

Kongsi hasil minyak

“Oleh sebab itu, di samping langkah-langkah yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan seperti pemberian rebet tunai kepada pengguna kenderaan, PKPIM juga berharap langkah-langkah lain yang releven, seperti menaikkan gaji dan elauan pekerja, memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan tol,” katanya.

Menurutnya, suasana panik jelas kelihatan di merata tempat di seluruh negara pada malam harga minyak akan dinaikkan.

“Hal ini jelas membayangkan betapa rakyat begitu terkesan dengan kenaikan tersebut, terutama bagi rakyat berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan,” katanya.

Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, tambahnya, seharusnya rakyat negara ini dapat bersama-sama berkongsi keuntungan dan hasil jualan minyak negara.

Sehubungan itu, Abdul Muntaqim berkata, PKPIM akan mengumpulkan cadangan dan pandangan mahasiswa untuk diajukan kepada kerajaan.

Untuk tujuan itu, katanya, PKPIM telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mahasiswa menangani isu harga minyak.

Menurutnya, cadangan-cadangan yang sesuai akan diserahkan kepada kerajaan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s