Polis akan halang perarakan esok

Polis mungkin menutup jalan menghala ke Masjid Kampung Baru esok selepas solat Jumaat, ekoran rancangan pihak tertentu untuk mengadakan perarakan dari masjid itu ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.

“Anggota polis dari Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut. Kita akan tutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid) itu jika perlu,” katanya.

Menurut laporan Bernama, Muhammad berkata pihak penganjur perhimpunan itu tidak memohon permit daripada Ketua Polis Daerah dan hanya sekadar menghantar surat makluman sahaja.

“Menyertai perhimpunan tanpa permit adalah salah dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius ke atas mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa pergerakan pemuda Pakatan Rakyat serta anggota beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai perarakan itu.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya, Anwar mengakui bahawa pihaknya tidak memohon permit polis bagi perhimpunan itu tetapi telah memaklumklan kepada pihak polis mengenai cadangan mengadakan perarakan itu menerusi satu surat pemberitahuan.

Anwar berkata perhimpunan itu merupakan permulaan dari langkah serupa yang akan diambil oleh pemuda Pakatan Rakyat serta NGO lain di seluruh negara bagi menyarakan bantahan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s