Sebab apa harga minyak dunia naik?

Oleh RTM
Khamis, 12 Jun 2008

HARGA minyak dunia yang melambung sejak kebelakangan ini melihatkan pertimbangan perubahan struktur dan pendekatan ekonomi di kebanyakkan negara.
Menurut Dr. Tilak, Pengarah Eksekutif Tenaga, Dubai Multi Commodities Centre, kenaikkan harga itu berasaskan kepada permintaan berikutan pembangunan pesat di China dan Asia Barat yang menuntut pertambahan bekalan minyak hampir sejuta tong setiap tahun.

Jelasnya dunia belum kehabisan bekalan, sebaliknya kenaikan harga menjurus kepada masalah dalaman negara-negara pengeluar minyak terutama isu politik dan keselamatan.

Malah kenaikan 10 dolar setong dalam tempoh sehari minggu lepas amat mengejutkan dan di luar jangkaan.

Dr. Tilak turut menolak pandangan sesetengah pihak yang spekulator di pasaran global penyebab kepada ketidaktentuan harga minyak.

Beliau bagaimanapun memuji langkah berani Malaysia serta-merta mengurangkan subsidi minyak yang sekian lama dinikmati rakyat.

Dr. Tilak meramalkan harga minyak domestik akan selari dengan harga pasaran dunia dan menyarankan sistem bantuan lain yang efisyen untuk golongan berpendapatan rendah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s