S’gor dapat air percuma, akhirnya

Posted by SM Maulana

From – Muda Mohd Noor
Lebih sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 1 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pagi ini.

Manifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma – atau potongan RM11.40 – akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar (foto bawah, kanan).

Dalam rundingan di pejabatnya, menteri besar Selangor berkata penyelesaian yang telah dicapai:

bullet buttonPemberian air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan kepada pengguna domestik yang bermeter individu di Selangor akan bermula 1 Jun akan tetap dilaksanakan.

bullet buttonPengguna domestik yang bermeter individu di Selangor akan mendapat bil baru dengan rebet air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bermula 16 Jun.

bullet buttonPengguna domestik yang bermeter individu di Selangor yang telah menerima bil sebelum 16 Jun akan menerima rebet bayaran untuk penggunaan 15 hari pertama bulan Jun di dalam bil bulan berikutnya.

“Kos pembiayaan rebet tersebut dibuat oleh KDEB bagi pihak kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini masalah bil menjadi isu tetapi telah berjaya diselesaikan dalam perbincangan hari ini.

“Ia berlaku kerana tiap-tiap hari bil air baru dikeluarkan kepada pengguna dan Syabas sukar melaksanakan rebet,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid berkata, Syabas merupakan anak syarikat Puncak Niaga tetapi saham syarikat bekalan air turut dimiliki oleh KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Syabas kelmarin menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan Selangor yang terlibat dengan syarikat pengurusan air tersebut.

Ruslan (foto, kiri) berkata Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pagi Isnin.

Ruslan berkata cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.

Dalam sidang media tersebut, mengulas siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap seorang pegawai kanan di pejabatnya, Abdul Khalid menegaskan tiada sebarang unsur rasuah di kalangan pegawainya.

Menteri besar menambah, jika ada, beliau memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan jenayah itu.

“Dakwaan rasuah tidak berasas sama sekali. Bagaimanapun, kita menjemput BPR supaya menempatkan seorang pegawainya di pejabat menteri besar untuk tempoh sebulan atau lebih supaya dapat mengurangkan atau menghapuskan segala peluang untuk mereka yang ingin rasuah dan salah guna kuasa.

“Dan BPR telah setuju untuk menempatkan pegawainya di sini (pejabatnya)” katanya.

Abdul Khalid mengulangi seruannya agar individu yang membuat laporan BPR berhubung kes itu tampil ke depan.

Mengulas mengenai pelantikan ahli majlis kerajaan tempatan, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri membentuk pasukan petugas bagi menilai seorang demi seorang ahli majlis yang bakal dilantik itu.

“Isu ini sensitif, kita berharap senarainya boleh dikeluarkan pada 20 Jun ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s