“Terlalu awal untuk ramal kesan kenaikan minyak” Bank Negara

Oleh Bernama
Khamis, 12 Jun 2008

KL: Terlalu awal untuk melihat kesan kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini terhadap inflasi dan pertumbuhan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.

Bank pusat, kata beliau, perlu mengkaji dengan teliti impaknya memandangkan kesannya bukan hanya kelembapan sektor luar tetapi juga melibatkan kesan pakej rangsangan yang disediakan serta keadaan kenaikan harga disebabkan oleh peningkatan kos.

“Kita perlu membuat penilaian yang berhati-hati sama ada ia disalurkan kepada pengguna. Bila ini berlaku, barulah ada inflasi apabila terdapat kenaikan harga yang menyeluruh,” kata Zeti.

Pada masa ini, kata beliau, hanya kenaikan harga yang khusus.

“Terlalu awal untuk menilai sama ada ia disalurkan dan sama ada pengeluar mempunyai kemampuan seperti apa yang mereka telah lakukan dalam menyerap sebahagian daripada kenaikan kos. Kemudiannya, reaksi pengguna, sama ada mereka akan terus dengan permintaan yang amat kukuh atau sama ada kita akan melihat kepada kesederhanaan,” kata Zeti.

“Semua ini akan dinilai dengan teliti pada bulan-bulan akan datang memandangkan kita menentukan respons dasar kewangan kita,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran program sarjana kewangan Islam INCEIF di sini hari ini.

Dasar kadar faedah Bank Negara akan bergantung kepada tinjauan masa depan inflasi dan pertumbuhan, katanya.

Mengenai keadaan memasuki lingkungan kadar faedah negatif, beliau berkata Malaysia dari masa ke masa mempunyai kadar faedah sebenar negatif tetapi selagi ia tidak fundamental, ia tidak akan menjejaskan permintaan pengguna dan kedudukan pengguna.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Bank Negara tidak mempengaruhi sentimen pendasar pasaran kewangan.

“Bagi kami, operasi campur tangan kami akan ditentukan oleh keadaan yang tersusun. Sentimen pendasar bukan suatu yang kami cuba pengaruhi,” katanya semasa ditanya mengenai laporan Morgan Stanley bahawa usaha bank-bank pusat Asia untuk campur tangan di pasaran tidak akan berjaya untuk mengelak pengukuhan dolar AS.

Dr Zeti berkata dari masa ke masa, akan terdapat peningkatan ketidakstabilan kerana ketidaktentuan yang timbul di dalam sistem kewangan antarabangsa.

“Dari masa ke masa, pelbagai institusi antarabangsa mengumumkan kedudukan kewangan mereka dan ini memberi kesan terhadap pasaran kewangan.

Pengumuman sedemikian dibuat dengan pelbagai dasar memberi kesan kepada pasaran kewangan,” katanya.

Hanya selepas keadaan sedemikian reda, kadar tukaran dan kadar lain di pasaran kewangan akan stabil dan akan terdapat potensi untuk pemulihan normal dan penerusan pertumbuhan keseluruhan, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s