Zaman Sukar Kena Berniaga – Tambah Pendapatan

Kementerian Sumber Manusia tidak menghalang kakitangan awam melakukan kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan mereka bagi menghadapi masalah kenaikan harga barangan kini.

Timbalan menteri Datuk Noraini Ahmad berkata kakitangan terbabit wajar mendapatkan keizinan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Noraini diminta mengulas kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz berhubung kakitangan awam wajar dibenarkan bekerja sambilan seperti disarankan oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

“Dengan kenyataan Tan Sri Amirsham semalam, kami merasakan memang amat-amat mengalu-alukan asalkan kita (kakitangan awam) tahu tanggungjawab mereka ataupun tugas utama mereka.

Sabtu lalu, Cuepacs mencadangkan kerajaan memberi kelonggaran kepada kira-kira 850,000 kakitangan awam sokongan untuk bekerja sambilan selepas waktu pejabat.

Presidennya Omar Osman berkata, langkah itu bertujuan memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah menampung kos sara hidup yang meningkat ekoran kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.

“Mereka boleh bekerja sebagai operator telefon, pengawal keselamatan dan penyambut tetamu, sekurang-kurangnya dalam jangka masa tiga hingga empat jam.

”Apa yang penting pada masa ini adalah masyarakat sendiri perlu merebut peluang tersebut bagi meningkatkan pendapatan untuk jangka masa panjang,” beliau dipetik sebagai berkata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s