Ahli Umno yang bayar yuran hingga 31 Disember saja layak hadir

Oleh Bernama
Jumaat, 13 Jun 2008
MELAKA: Anggota Umno yang telah membayar yuran keahlian sehingga 31 Disember tahun lepas, layak menghadiri mesyuarat agung parti pada tahun ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata ibu pejabat parti telah menghantar senarai anggota Umno berkenaan ke semua bahagian Umno.

“Senarai ini untuk digunakan dalam mesyuarat agung pada tahun ini di mana peringkat cawangan akan bermula 17 Julai ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat Tata Etika Umno oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang lagi Naib Presiden Umno, kepada Umno Melaka di sini hari Khamis.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Biro Latihan dan Keahlian Umno, berharap senarai berkenaan dapat membantu Umno cawangan dan bahagian dalam menguruskan mesyuarat agung masing-masing dengan teratur tanpa timbul sebarang masalah.

Beliau berkata anggota Umno perlu menunjukkan kematangan dalam mesyuarat agung agar ia tidak menimbulkan masalah sehingga memberi imej tidak baik kepada parti.

“Saya yakin anggota Umno matang dan dapat menjalankan mesyuarat agung ini dengan sempurna tanpa masalah seperti melanggar tata etika, politik wang, disiplin parti dan sebagainya,” katanya.

Mohd Ali juga mahukan cawangan dan bahagian memastikan proses penambahan anggota baru berjalan dengan lancar dan ia dipermudahkan.

Beliau berkata ibu pejabat parti sedang mempertimbangkan cadangan supaya permohonan menjadi anggota Umno dibuat secara online.

“Jumlah anggota Umno kini ialah 3.4 juta orang dan sebahagian besarnya telah membayar yuran,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s