Demi Setia Najib Tidak Cabar Abdullah?

Posted by SM
Saturday, 14 June 2008

DI KUALA LUMPUR, bosnya mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional memikirkan cara berinovasi menangani kos sara hidup bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Di London, Mohd Najib Abdul Razak berikrar “tidak akan cabar” bosnya kerana dia “ahli parti sejati.”

Kos sara hidup melambung kerana Pentadbiran “Selamat, Aman dan Makmur” Abdullah Ahmad Badawi menarik balik sebahagian besar subsidi minyak dan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter.

Daripada kehuru-haraan pengumuman itu (sebentar Ogos tetapi tiba-tiba dengan serta-merta), saya rasa Ahli Parlimen BN tidak pun tahu yang Abdullah akan memindahkan beban kenaikan harga minyak dunia daripada Perbendaharaan kepada rakyat jelata.

Kalau mereka tahu atau mereka dibawa berunding, saya sangat-sangat yakin majoriti daripada mereka tidak akan bersetuju dengan kenaikan yang begitu membebankan rakyat jelata dan mengancam ekonomi negara.

Tetapi kalau ahli kabinet macam Shahrir Abdul Samad boleh tertipu dan menjadi keliru, saya cenderung memikirkan bahawa Ahli Parlimen BN tidak tahu dan tidak dibawa berunding.

Hakikatnya, Ahli Parlimen kini menjadi tempat rakyat jelata meluahkan rasa dan melepas geram. Khabarnya Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna tak senang minum teh tarik di Bangsar kerana diejek orang ramai.

Kalaulah dengan takdir pilihan raya terpaksa diadakan sekarang, banyak daripada Ahli Parlimen BN akan kalah. Apa tidaknya. Dalam suasana sekarang bolehkah mereka mempertahankan ikrar “Selamat, Aman dan Makmur”?

Atau apakah janji itu sekadar cogan kata kosong pilihan raya sahaja?

Mohd Najib dipetik di London sebagai berkata beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri untuk jawatan Presiden Umno kerana dia seorang ahli parti yang setia.

Jadi, apakah Tun Abdul Razak Hussin bukan ahli parti yang setia kerana bersekongkol dengan pihak-pihak yang mendesak Tunku Abdul Rahman Putera agar bersara pada tahun 1969?

Apakah Tengku Razaleigh Hamzah bukan ahli parti yang setia kerana pada tahun 1987 dia mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad?

Apakah Abdullah Ahmad Badawi bukan ahli parti yang setia kerana bersekongkol dengan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam cuba menjatuhkan Dr Mahathir?

Apakah tertulis, terukir dan terpahat dalam Perlembagaan Umno satu fasal mengenai ahli parti yang setia?

Kalau wujud sutu makhluk (creature) yang digelar “ahli parti yang setia” dalam Umno, apakah ini bermakna Umno boleh dibiarkan hancur kerana ahli tidak boleh mencabar kepemimpinan yang hambar?

Soalan-soalan itu perlu diselidik dan dijawab oleh Mohd Najib dan para penasihat dan penyokong akrabnya jika Umno mahu diselamatkan.

Mungkin bagi mereka, mengekalkan rekod Mohd Najib sebagai pemimpin yang naik tanpa mencabar sesiapa lebih penting daripada segala-galanya.

Kita, sebagai orang luar, hanya mampu membuat andaian. Buat sementara waktu ini, berikut adalah kemungkinan dan andaian yang terlintas di fikiran saya:-

READ MORE HERE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s