Dunia belum kiamat 1, karya terbaru Pak Habib

Oleh cyberwall
Jumaat, 13 Jun 2008


APAKAH akan berlaku teori RAHMAAN….?

SIAPA tak kenal S.H Alattas atau mesra dengan panggilan Pak Habib. Dalam usia yang sudah hampir mencecah 70 tahun, Pak Habib sudah menulis 55 buah buku dan yang terbaru buku beliau berjudul ’Dunia Belum Kiamat 1 – Pulang Dari Neraka’.

Buku setebal 372 muka surat sudah pun berada di pasaran dan khabarnya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Sejak lebih dua minggu yang lalu, Pak Habib sudah menerima tempahan dari beberapa buah kedai buku dan pengedar-pengedar buku yang ingin memasarkan buku terbaru beliau ini.

Kenapa buku terbaru Pak Habib ini mendapat sambutan biarpun ianya baru saja berada di pasaran?

Buku-buku Pak Habib sentiasa dinantikan oleh peminat-peminat beliau kerana isi kandungan buku-buku yang dihasilkan bukan sahaja memperkatakan tentang politik semasa tanahair tetapi turut memuatkan falsafah dan pengajaran-pengajaran yang berguna buat pembacanya bagi menempuh hidup sehari-hari.

Selain dari faktor itu, buku terbaru ini mendapat sambutan kerana Pak Habib kali ini memperkatakan tentang masa depan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang disebut-sebut akan menjadi Perdana Menteri dalam masa yang terdekat.

Apakah analisa Pak Habib tentang DSAI? Anda perlu mendapatkan buku terbaru beliau untuk mengetahui apakah pandangan Pak Habib mengenai DSAI.

Selain dari memperkatakan dan membuat analisa mengenai DSAI, Pak Habib tidak lupa membuat analisa tentang masa depan Umno selepas mengalami prestasi buruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Penulis politik yang prolifik ini juga tidak lupa memperkatakan tentang mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad yang telah mengumumkan keluar dari Umno baru-baru ini.

Jangan terkejut jika dalam buku ini dan beberapa buah buku sebelum ini, Pak Habib dilihat tidak sehaluan dengan Dr Mahathir, seorang yang sentiasa dipertahankan suatu masa dahulu.

Pak Habib tetap dengan prinsip beliau memperjuangkan kebenaran dan kini bagi beliau, Tun Mahathir berada di pihak yang salah lalu adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mempertahankan pihak yang benar.

Pak Habib sudah lali dengan pelbagai tohmahan setiap kali buku terbaru beliau berada di pasaran. Ada saja yang cuba menafikan apa yang beliau tulis tetapi berapa ramai yang masih bertahan sehingga ke hari ini, menulis dan menerbitkan buku sendiri. Nah kali ini beliau muncul dengan buku yang ke 55.

Dalam keresahan setiap rakyat Malaysia yang menantikan apakah DSAI akan menjadi Perdana Menteri atau Najib yang akan menggantikan Pak Lah, Pak Habib memberikan jawapan kepada anda.

Dunia Belum Kiamat 1 ini lain dari buku-buku yang diterbitkan oleh penulis-penulis lain. Dengan menggunakan bahasa yang mudah serta penulisan beliau yang umpama sedang bercerita, pembaca tentunya akan mendapat banyak manafaat dari buku ini selain dari mengetahui tentang masa depan politik tanahair.

Jangan lupa untuk mendapatkan buku ini di pasaran sebelum ianya habis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s