Firma Dubai labur RM397 juta di WPI

Oleh menbehindthescenes
Jumaat, 13 Jun 2008

ISKANDAR Malaysia semalam mendapat pelabur baru dari Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), dengan pelaburan RM397 juta bagi projek pembangunan Puteri Harbour.

Damac Properties (Malaysia) Sdn Bhd – anak syarikat Damac Properties LLC – unit pembangunan hartanah Damac Holding, yang beribu pejabat di Dubai, semalam memeterai Perjanjian Pembelian dan Penjualan bagi projek tersebut.

Di bawah perjanjian itu, Damac akan membeli tiga tapak tanah komersial seluas 43.6 ekar yang merupakan sebahagian 688 ekar pembangunan Puteri Harbour – pembangunan pesisiran di Nusajaya, Iskandar Malaysia, yang dibangunkan UEM Land.

Damac merancang untuk membangunkan hartanah perumahan dan komersial dan kawasan marin privet yang ditaksirkan bernilai RM3.8 bilion.

Pengarah Urusan UEM Land, Wan Abdullah Wan Ibrahim, berkata pelabur awal akan meraih faedah daripada nilai yang akan meningkat apabila bandar Nusajaya siap sepenuhnya menjelang 2011.

‘Dengan komitmen oleh Damac dan pemaju lain, kami menjangkakan ini akan mendorong lebih banyak minat pelabur lain yang berpotensi. Pelaburan daripada Damac ini satu lagi pencapaian bagi memenuhi misi kami,’ tambah beliau.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Damac, Peter Riddoch, berkata:

‘Nilai hartanah yang dibangunkan Damac meningkat kerana kami selalu berhatihati dalam memilih pelaburan serta komitmen kukuh kami bagi membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.’

April lalu, UEM Land mendedahkan Pelan Induk Keselamatan Nusajaya sebagai sebahagian strateginya bagi memenuhi jangkaan pelabur mewujudkan bandar yang selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s