Foto : Perarakan aman bantah isu minyak

Perarakan membantah kenaikan harga minyak bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid Kampung Baru dengan teriakan “Turun-turun, turun minyak”, “Turun-turun, turun BN”, “Turun-turun, turun Pak Lah” dan “Rakyat-rakyat, rakyat bangkit”.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 30Kemudian kumpulan lebih 1,000 penyokong pembangkang bergerak menuju ke pintu keluar masjid menuju ke simpang empat Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang.

Sekumpulan 20 anggota polis berada di sepanjang jalan di situ, hanya memerhati orang ramai bergerak keluar dari kawasan masjid.

Bagaimanapun, setibanya di simpang tersebut, kira-kira 30 orang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah membentuk benteng halangan bagi menyekat orang ramai masuk ke Jalan Raja Abdullah untuk ke Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menuju ke KLCC.

Ketika itu bilangan mereka menyertai perarakan tersebut telah mencecah kira-kira 2,000. Mengetuai perarakan tersebut ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 klcc background 3Bagi mengelak bertembung dengan anggota FRU di situ, mereka meneruskan perarakan melalui Jalan Raja Alang, menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di kawasan Chow Kit.

Kira-kira 20 anggota polis turut mengikuti mereka bagi memantau keadaan. Manakala di Chow Kit pula kelihatan kira-kira 10 anggota polis ditempatkan di situ.

Bawa kain rentang

Seorang anggota polis kelihatan memberhentikan lalulintas ketika perarakan itu hendak membelok masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perarakan itu terhenti seketika di situ, menyebabkan lalulintas menjadi sesak dan kenderaan merangkak perlahan-lahan di belakang mereka, sambil membunyikan hon masing-masing.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 28Peserta perarakan membawa pelbagai kain rentang mengutuk kenaikan harga minyak. Satu daripada kain rentang tersebut berbunyi “Najib kata: Minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Mereka tipu rakyat, Dollah kata petrol naik 78 sen, diesel naik RM1′.

Mereka menyusuri jalan TAR dan kemudian sampai di persimpangan tetapi tidak membelok ke Jalan Sultan Ismail yang menuju ke KLCC.

Bagaimanapun, mereka meneruskan perarakan menuju ke bangunan Kompleks Pertama, bersebelahan Sogo.

Setibanya di situ pada kira-kira jam 2.37 petang, lebih 500 orang daripada mereka duduk di tengah-tengah jalan di simpang empat lampu isyarat Jalan TAR-Jalan Dang Wangi.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 15Manakala yang lain berdiri mengelilingi mereka yang duduk di tengah-tengah simpang tersebut.

Ketika itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berucap kepada orang ramai. Selain Salahuddin, wakil rakyat Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin, timbalan ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi, naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib presiden PAS Mohamad Sabu.

Bersurai jam 3.20 petang

Kesemua pemimpin Pakatan ini berada di tengah-tengah kumpulan yang duduk di simpang tersebut.

Ucapan mereka disambut dengan tepukan gemuruh serta laungan “Turun-turun, turun minyak”, “Turun-turun, turun BN”, “Turun-turun, turun Pak Lah” dan “Rakyat-rakyat, rakyat bangkit”.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 motorcycle troopSalahuddin kemudiannya bangun, diikuti pemimpin-pemimpin lain melalui jalan kecil antara bangunan Kompleks Pertama dan bangunan Sogo, menuju masuk ke Jalan Raja Laut.

Lebih kurang 1,000 mengikuti Salahuddin dan barisan pemimpin Pakatan menuju ke bangunan ibu pejabat PAS yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.

Manakala anggota Unit Amal PAS membantu mengawal lalulintas dalam perjalanan mereka kira-kira 15 minit untuk sampai ke ibu pejabat PAS.

Salahuddin sekali lagi berucap kepada orang ramai, meminta mereka supaya hadir menyertai satu lagi bantahan besar-besaran di ibu negara pada 5 Julai depan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes).

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 31Beliau kemudiannya meminta orang ramai supaya bersurai secara aman dari situ pada kira-kira jam 3.20 petang.

Walaupun mereka bersurai tetapi kira-kira 30 anggota FRU masih kelihatan memantau keadaan di depan pejabat pembangkang itu.

Mereka bersurai kira-kira 20 minit kemudian.

Tiada sebarang tangkapan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perarakan tersebut. Semuanya berjalan secara aman.

Polis juga tidak menggunakan gas pemedih mata atau meriam air untuk menyuraikan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s