Pemerintah 5 negeri akan teruskan demo bantah kenaikan minyak

KL: Kumpulan pembangkang Malaysia semalam berikrar akan meneruskan bantahan besar-besaran terhadap kenaikan harga minyak sebanyak 41 peratus pada minggu lalu.

Ini berlaku walaupun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam usaha meredakan kemarahan rakyatnya, kelmarin berikrar mengekalkan harga bahan pembakar itu pada paras sekarang sehingga akhir tahun ini.

Namun, kenaikan harga petrol sebanyak 41 peratus kepada RM2.70 ($1.14) seliter dan harga diesel sebanyak 63 peratus kepada RM2.58 seliter mencetuskan bantahan sekali-sekala di beberapa bandar Malaysia.

Shamsul Iskandar Akin, pemimpin pakatan belia GERAMM yang menentang kenaikan harga minyak itu, menolak kenyataan Datuk Abdullah sambil berkata bahawa kenaikan harga itu telah menyebabkan kenaikan harga barangan lain yang menyukarkan golongan miskin.

Malaysia sebagai pengeksport bersih minyak, meraih manfaat daripada kenaikan harga minyak global dan rakyat mempersoalkan mengapa keuntungan syarikat pengeluar minyak nasional tidak digunakan sebagai subsidi, katanya.

‘Tindakan kerajaan (menaikkan harga secara mendadak) adalah gila. Ia menunjukkan kegagalan mereka menguruskan ekonomi,’ katanya kepada pemberita.

‘Kami akan meneruskan bantahan secara aman untuk meminta kerajaan mengubah keputusannya,’ tambah beliau.

Satu perarakan bantahan dirancang hari ini selepas solat Jumaat bermula dari sebuah masjid di Kuala Lumpur ke Menara Kembar Petronas, dedah beliau.

GERAMM dan PROTES, sebuah pakatan parti pembangkang dan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang menentang inflasi, juga berharap mengumpulkan jutaan rakyat Malaysia untuk perhimpunan terbesar di Kuala Lumpur bulan depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s