Saya tidak akan berhenti cakap – Mahathir

Posted by SM Maulana
Saturday, 14 June 2008
(Harakah) -Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan beliau pernah mengugut hakim-hakim pada 1997 agar menyebelahi kerajaan bertujuan “menutup mulutnya” daripada terus bercakap mengenai kepimpinan negara ini.

Mengulas kenyataan seorang hakim Mahkamah Tinggi awal minggu ini, mantan perdana menteri berkata beliau tidak berdiam diri dan akan terus bersuara melalui blognya.

“(Tuduhan) ini dari satu sudut adalah cara mereka boleh menghentam saya kerana terus bercakap, tapi saya tidak akan berhenti.

“Saya akan terus menulis dalam blog saya,” beliau dilaporkan berkata ketika ditemui media dalam lawatan ke Langkawi semalam.

Menurut Bernama yang dipetik Malaysiakini, ditanya sama ada beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan itu, beliau berkata:

“Saya nak bawa ke mahkamah mana? Saya bukan ada duit dan tak tau boleh menang atau tidak”.

Sebelum mendengar petisyen pilihanraya kawasan Sarikei pada Isnin lalu, hakim Datuk Ian Chin, memberitahu kedua-dua belah pihak terbabit bahawa Dr Mahathir pernah mengugut hakim-hakim dalam satu persidangan pada 1997 untuk melucutkan jawatan mereka melalui penubuhan sebuah tribunal.
Chin mendakwa, sebulan kemudiannya, beliau serta beberapa hakim dan pegawai kehakiman telah dihantar menghadiri kem indoktrinasi, supaya memberi keutamaan kepada kepentingan kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s