Sudah terlambat, kata Dr M pada Najib

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bertanding jawatan presiden Umno sebagai ‘terlalu terlambat”.

Katanya, Najib tidak akan sempat menjadi presiden jika Umno hancur kelak.

“Najib tunggu apa? Sekarang ini pun Umno dah lemah dan kalau Najib tunggu lagi Umno akan hancur dan dia tak boleh jadi presiden,” katanya.

Menurut laporan Bernama, beliau menegaskan demikian di Langkawi semalam, sebagai mengulas kenyataan Najib yang juga timbalan perdana menteri, yang tidak akan bertanding jawatan presiden tetapi sebaliknya akan menerima jawatan itu secara peralihan kuasa.

Dr Mahathir berkata Umno lemah kerana kalah dalam pilihanraya lalu.

Katanya, parti itu akan menjadi bertambah teruk jika ahli-ahli parti terus menyokong Abdullah.

Semalam, perdana menteri berkata beliau dan timbalannya sudah sepakat dalam menentukan masa yang terbaik untuk penyerahan kuasa.

Katanya, beliau dan Najib sudah tentukan bila masanya yang sesuai bagi beliau untuk menyerahkan jawatannya.

Beliau juga berkata tiada masalah antara mereka dan hubungan mereka berdua juga adalah baik.

Abdullah yang juga presiden Umno menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan tengah hari bersama pemimpin masyarakat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan sempena lawatan seharinya ke Kelantan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s