ABDULLAH MASIH LAYAK MEMIMPIN UMNO?

Posting ini saya tujukan khas kepada seluruh warga UMNO – di peringkat Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan – termasuk ahli-ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Masanya sudah tiba untuk kita semua membuat satu keputusan penting dan segera – adakah Abdullah masih layak diberi peluang untuk terus memimpin kita semua di hari muka?

Kalau masih layak, calonkanlah semula Abdullah ke jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti akhir tahun ini. Kalau tidak layak, bertindaklah dengan tegas, berhemah dan segera untuk memberitahu Abdullah bahawa masanya sudah tiba untuk beliau mengundurkan diri daripada kepimpinan UMNO dengan serta-merta.

Saya mengajak anda semua memikirkan persoalan di atas secara serius kerana hari ini Bernama telah memetik Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

PUTRAJAYA, 15 Jun 2008 (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini.

Beliau berkata tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.

Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang,” kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di sini.

Kenyataan di atas amat luas tafsiran dan implikasinya kepada survival UMNO, masa depan orang Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Antaranya adalah seperti berikut:

Satu: Kenyataan-kenyataan bahawa Abdullah akan menyerahkan tampuk kepimpinan UMNO dan kerajaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kenyataan politik yang tidak lagi membawa sebarang erti.

Dua: Kenyataan-kenyataan mengenai peralihan kuasa ini seolah-olahnya disuarakan oleh Abdullah sekadar untuk meredakan tekanan ke atas beliau supaya berundur dengan segera.

Tiga: Peralihan kuasa yang kini dipolitikkan oleh Abdullah pastinya tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Empat: Daripada maklumat yang saya perolehi dua hari lalu, Abdullah mungkin tidak akan menyerahkan tampuk kekuasaan UMNO dan negara kepada Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, kepada satu individu yang kononnya telah direstui oleh sebuah kuasa asing tertentu.

Untuk mengukuhkan hujah keempat seperti di atas, bacalah semula tiga komen yang telah saya poskan dalam blog ini dengan jodol ABDULLAH PERLU SEGERA BERUNDUR SEBELUM UMNO JADI PEMBANGKANG? seperti berikut:

A: Abdullah mungkin nak serah jawatannya kepada “PM in waiting” and that is not Najib. Najib/Muhyiddin will have to act fast, or that “PM in waiting” is no longer waiting comes September 2008. – MMcrossings.

B: Abdullah tidak akan menyerahkan kepimpinan kepada Najib atau pun Muhyiddin, sumber terkini memberitahu saya sebentar tadi. Kredibiliti sumber ini diakui oleh peringkat antarabangsa. Najib dan Muhyiddin perlu bangkit segera sekira ingin teruskan perjuangan agenda Melayu. Mohon maaf kerana saya terpaksa dedahkan pekara ini kepada umum demi maruah perjuangan bangsa dan negara. – Pemerhati.

C: Bulan lalu Abdullah kata nak serah kuasa negara dan UMNO kepada Najib. Hari ni dah ada desas-desus Abdullah nak lantik Syed Hamid Albar jadi penggantinya. – Politica

Lima: Kemungkinan wang ringgit yang berjumlah ribuan juta akan ditabur untuk menjamin kemenangan Abdullah dalam pemilihan parti hujung tahun ini adalah amat besar.

Enam: Kesan akhir kepada segala-galanya jika Abdullah masih memimpin UMNO ialalah parti ini akan jadi semakin lemah dan mungkin hancur lebur.

Demikianlah antara tafsiran dan implikasi kepada kenyataan Abdullah di atas. Oleh itu jawablah pertanyaan di awal posting ini dengan seikhlas-ikhlas dan sejujur-jujurnya.

Oleh itu juga, Najib, Muhyiddin dan seluruhnya, segeralah bertindak sewajarnya untuk menyelamat dan memperkasakan semula UMNO.

Kalau semua pihak lambat bertindak, kemungkinan besar cita-cita pembangkang untuk melaksanakan “revolusi katak lompat” di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, seperti telah saya huraikan dalam posting semalam, akan berjaya. – Ruhanie Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s