Abdullah pertahan jawatan presiden Disember ini

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata peralihan kuasa bukan akan berlaku dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang.

Ekoran itu, katanya, beliau akan mempertahankan jawatan presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini.

Beliau berkata tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding, demikian menurut laporan Bernama.

Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang,” kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di Putrajaya.

Kelmarin Abdullah berkata beliau dan Najib telah sepakat menentukan masa yang terbaik untuk peralihan kuasa itu.

Berucap dalam satu majlis di Kelantan, Abdullah berkata, beliau dan Najib telah bermuafakat dan mereka berdua bersetuju bilakah masanya beliau bersara dan Najib mengambil ambil alih sebagai perdana menteri.”

Bagaimanapun semalam, Abdullah berkata tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya masih belum ditetapkan lagi.

Sebaliknya, kata Abdullah, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s