Arab Saudi janji stabilkan harga minyak dunia

Oleh AFP
Isnin, 16 Jun 2008

ANGGOTA paling berpengaruh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Arab Saudi berpendapat lonjakan harga minyak sebagai satu kenaikan luar biasa, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam.

Menurutnya, negara itu sedang bersedia untuk melakukan apa sahaja usaha bagi membolehkan harga minyak menurun.

Ketika bercakap kepada pemberita berhubung pertemuannya dengan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang diadakan kelmarin, Ki-moon berkata, mereka berbincang mengenai peningkatan harga, perubahan cuaca dan krisis makanan.

“Baginda mengetahui bahawa harga minyak ketika ini adalah kenaikan luar biasa berikutan faktor spekulator dan beberapa dasar kerajaan,” katanya

“Baginda bersedia untuk melakukan apa yang terdaya bagi membawa harga minyak ke peringkat yang memadai,” tambahnya.

Ban Ki-moon menyatakan dilihat akan menimbang dengan serius bagaimana ia boleh mengatasi isu itu dengan meningkatkan pengeluaran.

“Saya menjangkakan bahawa Arab Saudi akan mengambil beberapa langkah konkrit,” jelasnya.

Beberapa laporan media menyatakan negara itu merancang untuk meningkatkan pengeluaran pada bulan depan kepada 10 juta tong sehari.

Arab Saudi juga akan menjadi tuan rumah satu persidangan di Jeddah untuk pengeluar dan pengguna minyak bagi membincangkan kenaikan harga minyak yang mencatatkan rekod pada awal bulan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s