Blog palsu Ali Rustam

Tidak semua pemimpin politik yang memiliki blog, khususnya selepas pilihanraya umum lalu, mendapat manfaat berkomunikasi dengan pembaca di alam siber.

Ketua menteri Melaka dan juga naib presiden Umno termasuk seorang pemilik blog yang agak malang – dua blog diwujudkan untuk bermain-main dengannya.

Lihat blog-blog ini: http://mohamadalirustam.blogspot.com dan http://mohdalirustam2.blogspot.com.

Menurut laporan Bernama semalam, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat pihak yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.

Beliau berkata kedua-dua blog palsu itu masih aktif dengan menyiarkan artikel seolah-olah beliau yang menulisnya dan terdapat komen terhadap artikel berkenaan.

Ada pihak tertentu juga memasukkan komen dalam blog mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan nama beliau sedangkan komen itu bukan datang daripadanya.

“Blog saya yang sebenar ialah http://www.mohdalirustam.com,” kata Mohd Ali, lapor agensi berita itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s