Dakwaan terbaru Anwar…

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan perang saraf terbaru apabila mendakwa ada kalangan Ahli-Ahli Parlimen MCA akan lompat parti menyertai pakatan pembangkang. Berucap dalam ceramah di Pulau Pinang Ahad malam, Anwar mendakwa pakatan pembangkang makin hampir ke Putrajaya. Beliau juga menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan pilihan raya mengejut jika lompat parti dari BN ke pembangkang berlaku. Sebelum ini heboh diperkatakan, terdapat kalangan Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti menyertai pembangkang. Anwar juga mendakwa pihaknya telah memperolehi jumlah Ahli Parlimen BN yang sedia lompat parti bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan menggantikan BN. Pada majlis ceramah tersebut, Anwar turut mengambil kesempatan mengkritik kerajaan ekoran penstrukturan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol dan diesel. Anwar juga terus dengan dakwaannya jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan ‘hari ini’ keesokan harinya harga minyak akan diturunkan. – 16/6/2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s