Dua tahanan ISA dilanjutkan penahanan

Oleh SM Maulana

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) – Dua lagi tahanan ISA dilanjutkan penahanan mereka selama dua tahun, yang menjadikan tempoh penahanan mereka lapan tahun.

Kedua-dua tahanan, Mat Sah Satray dan Samsudin Sulaiman, yang berasal dari Selangor dilanjutkan penahanan mereka pada 11 Jun lalu.

Menurut isteri Mat Sah, Norlaila Othman, yang juga merupakan Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, beliau menerima keputusan lanjutan penahanan suaminya pada 15 Jun lalu ketika melawat Mat Sah di Kemta.

Katanya, Mat Sah dalam nada tenang namun riak wajah yang sedih, memaklumkan kepadanya tentang lanjutan penahanannya.

“Walaupun nadanya tenang, riak wajahnya cukup sedih. Beliau memaklumkan, tiada alasan diberikan pihak kem tentang sebab beliau ditahan dua tahun lagi,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Norlaila yang menyifatkan keputusan itu sebagai ujian dari Allah kepadanya sekeluarga, menegaskan keputusan tersebut tidak mengecewakannya, memandangkan beliau menyedari bahawa pihak berkuasa akan terus menunjukkan keegoan mereka selagi berkuasa.

Bagaimanapun, Norlaila berkata keputusan tersebut meningkatkan lagi semangat perjuangannya dalam usaha menentang kezaliman ISA, apatah lagi suaminya turut merestui perjuangannya.

“‘He never blame me’. Dia tidak pernah menyatakan perjuangan saya dalam GMI menjadi punca beliau dilanjutkan tahanan. Malah, beliau turut memberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang menentang ISA,” tegas Norlaila lagi. – mks._

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s