GMI saran pakai baju merah hitam tanda protes

PULAU PINANG, 16 Jun (Hrkh) – Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) meminta rakyat bersama-sama menjayakan kempen seluruh negara dengan memakai baju merah dan hitam pada setiap hari Ahad sebagai tanda sokongan menjelang Perhimpunan GMI yang dijangkakan pada 28 Jun ini di Stadium Malawati, Selangor.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh ketika berucap dalam program Forum dan Hi-Tea di Perkarangan Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu semalam berkata, sekarang ini GMI dalam rangka jelajah negara untuk menyampaikan mesej kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Syed Hamid Albar yang bertindak menyambung tahanan ISA dua tahun lagi menjadikan kesemuanya lapan tahun.

Ujarnya, undang-undang rimba itu tidak seharusnya diguna pakai lagi dalam keadaan serba canggih kononnya untuk menangani penjenayah.

Sebenarnya pengubal undang ISA sendiri mengakui beliau tidak tahu peraturan itu disalahgunakan untuk menangkap aktivis keamanan, kebajikan atau ahli politik sebaliknya semasa digubal ia adalah untuk tujuan menjagai keamanan negara daripada ancaman penganas.

“Macam mana Kerajaan BN boleh pakai lagi undang-undang lapuk sedangkan pengubalnya sendiri kecewa bila mendapat tahu undang-undang ciptaanya disalah ertikan,” jelasnya.

Sebenarnya tangkapan di bawah ISA bukan sahaja orang yang dikaitkan dengan penjenayah politik tetapi juga penyebar SMS, dokumen palsu dan sebagainya.

Apa salahnya, mereka ini di bicara di mahkamah terbuka bukan bertindak menyumbat mereka ke dalam tahanan ISA di Kemunting, Perak.

“Jika salah dakwalah mereka tetapi mestilah ada pembelaan terlebih dahulu,” tambahnya.

Justeru, untuk membangkitkan kemaraan rakyat agar teruskan usaha menentang akta zalim itu pakai dua demensi warna merah hitam setiap hari Ahad, katanya.

Merah katanya, melambangkan perjuangan aktivis dan kekuatan mangsa ISA manakala hitam pula lebih kepada istilah kesusahan, penderitaan dan kehimpitan.

Sementara itu, isteri mangsa ISA, Norlaila Othman dalam ucapannya kecewa dengan Kerajaan BN kerana memanjangkan tempoh tahanan suaminya di Kem Kemunting, Perak baru-baru ini.

Walaupun begitu, suami dan dirinya terus memperkuatkan semangat kerana yakin akta zalim tersebut akan terhapus bila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tertegak.

“Pada mulanya saya lihat wajah suami penuh dengan kesyahduan bila bertemu denganya semalam namun saya terus berikan motivasi agar beliau kuatkan hati dan berdoa kerana mangsa ISA mendapat sokongan padu di luar pagar Kem Kemunting,” tambah beliau dalam program anjuran Gabungan Rakyat Prihatin (Garab), Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas, Dewan Pemuda PAS Kepala Batas dengan kerjasama Jemaah Islam Malaysia (Jim), Hindraf dan Suaram.

Turut menyertai forum yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin itu ialah Koordinator Hindraf Kedah, Mr Ramu manakala berucap mewakili Hindraf ialah Koordinator Hindraf Pusat, RS. Thanenthiran. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s