Jurulatih Poland ‘angin’ dengan ‘ref’ England

Oleh Reuters
Isnin, 16 Jun 2008

VIENNA: Jurulatih Poland, Leo Beenhakker, benar-benar marah dengan pengadil dari England, Howard Webb, dini hari semalam.

Segala-galanya ekoran keputusan pengadil perlawanan yang memberikan Austria tendangan penalti pada masa kecederaan yang disempurnakan hos bersama Euro 2008 itu untuk seri 1-1 dengan Poland dalam Kumpulan B.

Awal daripada itu, Poland membuka tirai jaringan melalui Roger Guerreira pada minit ke-30 sebelum Webb memberikan penalti kepada Austria setelah Mariusz Lewandowski memeluk Sebastian Proedl apabila kedua-dua pemain itu bersaing menghadapi tendangan percuma.

Ivica Vastic tidak menghadapi masalah menjadikan kedudukan 1-1 dalam masa kecederaan.

‘Sukar bagi saya menerima keputusan pengadil itu. Sebelum pertandingan ini, kami telah dimaklumkan bahawa pengadil telah diarahkan untuk mengambil tindakan ke atas pemain yang bergusti dalam kawasan penalti.

‘Dalam bahasa Jerman, ia disebut ‘schwalben’. Maksudnya, pemain yang menjatuhkan diri dalam usaha mendapatkan tendangan penalti.

‘Sejak awal pertandingan ini lagi, saya kerap melihat semacam gusti berlaku apabila terdapat tendangan percuma ataupun tendangan sudut dan beberapa pemain yang gemar menjatuhkan diri. Tetapi mereka tidak pula dilayangkan kad kuning.

‘Dalam perlawanan ini, tiada apa-apa yang berlaku tetapi pengadil mengarahkan tendangan percuma diambil lagi. Apabila tendangan percuma kali kedua dibuat, beliau menghukum pemain kami pula.

‘Saya fikir pengadil membuat keputusan untuk membuktikan beliau mempunyai kuasa dalam padang,’ jelas Beenhakker.

‘Sepanjang penglibatan 43 tahun saya dalam bola sepak, jarang sekali saya mempertikaikan keputusan pengadil tetapi saya benar-benar tidak faham dan mengerti tentang keputusannya hari ini,’ ujarnya.

Poland, yang tumbang 0-2 di tangan Jerman dalam perlawanan pembukaan, agak bertuah kerana tidak tercicir tiga kali pada awal permainan.

‘Kami seperti terlena dalam 20 minit pertama permainan. Tetapi selepas itu, kami baru terjaga,’ kata Beenhakker seperti menyindir kelesuan anak buahnya itu.

‘Kedudukan kami adalah sulit. Kami sepatutnya memenangi perlawanan ini. Tetapi dengan keputusan seri, kami seperti sudah pun terhumban daripada persaingan,’ tambah juru;atih Poland itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s