Mesir haram lelaki 92 tahun kahwini gadis 17 tahun

Oleh AFP, BHS
Isnin, 16 Jun 2008

PIHAK berkuasa Mesir telah mengharamkan seorang lelaki Arab Saudi yang berusia 92 tahun daripada mengahwini seorang gadis yang berusia 75 tahun lebih muda.

Kementerian Keadilan membuat keputusan itu di bawah satu undang-undang yang bertujuan mengelakkan lelaki kaya Saudi daripada menikahi wanita muda Mesir.

Undang-undang itu turut melarang perkahwinan jika perbezaan umur pasangan ialah 25 tahun atau lebih.

Menurut sumber, lelaki Saudi yang melancong ke Mesir itu telah melamar gadis kampung berusia 17 tahun.

Beliau menawarkan mas kahwin sekitar AS$28,000 ($38,626) serta barang kemas.

‘Ibu bapanya yang sangat miskin menerima lamaran itu,’ kata sumber itu, lapor agensi berita AFP.

Namun, Kementerian Keadilan enggan mendaftarkan perkahwinan itu.

Akhbar Mesir, Al-Akhbar, bagaimanapun melaporkan pihak berkuasa telah membenarkan 173 perkahwinan serupa itu tahun lalu, selepas si suami yang merupakan warga asing membayar AS$8,000 kepada Bank Negara Mesir.

Malangnya, perkahwinan itu bukan untuk tujuan kekal.

Sebaliknya, merupakan perkahwinan misyar yang terbukti semakin ketara di negara Teluk berkenaan.

Misyar yang bermaksud ‘pengembara’ dalam bahasa pasar Arab, membenarkan lelaki mengahwini seseorang wanita tanpa ikatan tanggungjawab seperti perlu tinggal bersama atau memberi sesen pun wang bagi menyara kehidupan isterinya.

Si isteri perlu bersedia menerima kehadiran suaminya pada bila-bila masa dengan pertemuan mereka boleh dilakukan sama ada di rumah ibu bapa wanita itu sehinggalah ke kamar hotel dan si suami boleh menceraikan isterinya pada bila-bila masa tanpa pengetahuan wanita itu.

Sekembali ke negara asal suami, ramai gadis Mesir itu dilayan seperti orang gaji dan disisihkan isteri tua yang terbukti lebih daripada seorang.

Selepas beberapa bulan, gadis itu diceraikan dan dihantar pulang dengan bayaran kira-kira AS$10,000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s