Minda rakyat dikongkong, jadi kelas ketiga – Ahli akademik

Ziera Rahman
Mon | Jun 16, 08 | 1:20:42 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) – Rakyat menjadi hampa bukan sahaja kerana kenaikan harga bahan bakar dan caj pakir namun, keadaan menjadi lebih teruji dengan sekatan pemikiran yang berlaku sedangkan banyak pandangan yang perlu dikongsikan.

Menurut seorang ahli akademik daripada universiti tempatan, minda rakyat disumbat dengan prejudis dan disekat dari kebenaran.

“Maka akan lahirlah modal insan yang berpemikiran kelas ketiga di kalangan masyarakat.

“Lebih teruk apabila para akademik diminta untuk bersuara hanya kepada perkara yang digariskan oleh pihak tertentu dan sesiapa yang tidak memenuhi akta tersebut akan diambil tindakan,”jelas beliau semasa dihubungi oleh Harakahdaily.

Tambahnya lagi, disebabkan rakyat berada dalam era kongkongan minda dan gangguan pemikiran melampau, sementara percambahan idea ditolak mentah walaupun seorang pemikir itu sedaya upaya mengasingkan mesej politik dari dakwahnya.

“Persoalannya, bagaimana kita ingin berhadapan dengan saranan Wawasan 2020 dengan kesediaan pemikiran yang sebegitu?”tegas beliau. – mks._

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s