Nik Aziz setuju empat pemimpin Melayu duduk semeja

Oleh Bernama
Isnin, 16 Jun 2008

KB: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan persetujuannya untuk duduk semeja dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dicadangkan oleh Mufti Perlis bagi meleraikan kekusutan membabitkan umat Islam dan orang Melayu.

“Lama dah kita (PAS) minta nak diadakan pertemuan seperti ini tetapi Umno yang tidak mahu.

“Bila pembangkang dah dapat lima negeri (selepas pilihan raya umum lalu) baru timbul nak adakan pertemuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peletakan Batu Asas Asrama Kedua Maahad Muhammadi (Lelaki) dan Pelancaran Kelab Tabung Haji (TaHa) peringkat negeri Kelantan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesyorkan empat pemimpin utama Melayu itu duduk semeja bagi membincangkan kepentingan umat Islam yang kedudukannya semakin meruncing.

Mengulas isu itu, Nik Aziz berkata senario sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk diadakan pertemuan penting sebegitu kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Sekarang Melayu sama Melayu dah bertengkar tetapi keikhlasan sebenarnya ada dalam PAS dan bukannya dalam Umno selagi dia pegang kepada (konsep) nasionalis,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s