Nik Aziz sokong idea mufti Perlis

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia berbincang dengan tiga lagi pemimpin Melayu – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – seperti saranan mufti Perlis bagi “menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini”.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin minggu lepas menyeru empat tokoh ini berbincang “memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah” kerana “masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya.”

Mursyidul am PAS berkata PAS sudah lama menggesa pertemuan seumpama itu “tetapi Umno yang tidak mahu.”

“Bila pembangkang dah dapat lima negeri (selepas pilihan raya umum lalu) baru timbul nak adakan pertemuan,” katanya, lapor Bernama, di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, dilaporkan berkata sekarang masa yang sesuai untuk pertemuan penting sebegitu kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Sekarang Melayu sama Melayu dah bertengkar tetapi keikhlasan sebenarnya ada dalam PAS dan bukannya dalam Umno selagi dia pegang kepada (konsep) nasionalis,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s