Pembaca berita TV3 mangsa terbaru ragut

Oleh Kosmo
Isnin, 16 Jun 2008

KL: Seorang personaliti terkenal TV3, Norazlina Redzuan, 37, kerugian RM15,000 apabila beg tangan yang mengandungi beberapa barangan berharga miliknya diragut dalam satu kejadian di Jalan 1/27F Wangsa Maju di sini Jumaat lalu.

Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku apabila Norazlina yang juga penyampai berita Buletin Utama di stesen TV popular tersebut bersama ibunya didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal ketika hendak keluar dari keretanya.

Sumber memberitahu, ketika kejadian, dua beranak tersebut hendak membeli peralatan persiapan perkahwinan di sebuah butik pengantin yang terletak di kawasan itu.

Kunjungan mereka di situ dikaitkan dengan gosip sebelum ini mengatakan personaliti tersebut akan mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar dari Melaka.

“Dua lelaki terbabit yang menaiki sebuah motosikal Yamaha 135 LC terus merampas beg tangan yang dipegang di tangan kanan mangsa dan terus meragutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s