Potong elaun 30% tidak bantu hilangkan beban rakyat

KUANTAN, 16 Jun (Hrkh) – Kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob mahu memotong elaun Menteri Besar dan Exco sebanyak 30 peratus bagi menangani isu kegawatan ekonomi akibat kenaikan harga minyak tidak sedikitpun mengurangkan penderitaan rakyat di negeri ini, kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saat.

Kata Suhaimi tindakan pemimpin Umno itu hanyalah ‘make up’ semata-mata bagi mengabui mata rakyat sedangkan di sebalik tindakan itu ia tidak langsung menjejaskan amalan hidup mewah pemimpin kerajaan yang diperolehi daripada wang kerajaan dan rakyat.

Adnan dalam kenyataannya baru-baru ini mengumumkan pemotongan elaun Menteri Besar dan Exco Pahang sebanyak 30 peratus sebagai menuruti langkah yang diambil Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu memotong elaunnya sebanyak 10 peratus.

“Apalah makna dengan potongan elaun 30 peratus itu. Tak berkurangan sedikitpun penderitaan rakyat akibat pemotongan itu. Mereka potong elaun tak seberapa. Mereka (Menteri Besar dan Exco) tak susah apa pun dengan pemotongan elaun itu.

“Mereka boleh terus hidup mewah. Mereka terus dapat kemudahan kerajaan. Mereka tak rasai kesusahan sebagaimana rakyat susah. Sebab itu kalau nak potong elaun potong semua elaun yang tak perlu, kalau tak rakyat nampak pemotongan elaun itu hanya ‘make up’ semata-mata,” kata Suhaimi.

Tambah Suhaimi isu peningkatan harga minyak global tidak sepatutnya mempengaruhi harga pasaran minyak negara kerana Malaysia adalah pengeluar minyak.

“Kalau kita katakan harga minyak dunia meningkat bermakna keuntungan kita juga meningkat. Ertinya kita juga mendapat keuntungan yang besar. Keuntungan itu sepatutnya boleh melindungi hak rakyat mendapatkan harga minyak berpatutan, tetapi itu tak berlaku, ini yang kita kesalkan,” katanya.

Suhaimi menjelaskan penderitaan rakyat bukan disebabkan isu kenaikan harga minyak dunia tetapi lebih besar dari itu ialah soal amalan pengurusan kewangan negara yang boros dan menyeleweng.

“Sebagai contoh, bila ekonomi gawat baru kerajaan tunjukkan amalan nak jimat cermat. Mereka tak nak cermat sebelum ekonomi gawat. Kalau kita tengok laporan di Parlimen bagaimana isteri pemimpin negara berbelanja di luar negera secara boros menggunakan duit kerajaan, ini yang kita katakan amalan pengurusan kewangan yang tidak betul.

“Begitu juga dengan penyelewengan pemimpin, ini semua membawa kesusahan pada rakyat, kita nak betulkan ini semua baru selamat,” katanya. – mns _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s