Satu demi satu pusat tiru amalan pentadbiran dipelopori Kelantan

KOTA BHARU, 16 Jun (Hrkh) Nampaknya amalan yang sudah lama dipraktik di Kelantan satu demi satu mulai ditiru kerajaan persekutuan setelah negara berdepan dengan krisis kenaikan harga minyak sekarang.

Minggu lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian jemaah menteri dipotong sebanyak 10 peratus sebagai langkah berjimat cermat.

Dan semalam pula Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan mahu semua pihak berkuasa tempatan memadam alat penghawa dingin dan lampu pejabat pada waktu rehat tengah hari.

Tanpa disedari banyak pihak, amalan itu sebenarnya sudah lebih 18 tahun dipraktik di Kelantan yang dipelopori sendiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pejabat Menteri Besar dan anggota-anggota Exco di Kelantan telah lama mengamalkan semua lampu pejabat ditutup pada waktu rehat tengah hari.

Falsafah yang diterapkan Menteri Besar iaitu berjimat jangan sampai kedekut, dan berbelanja jangan pula sampai boros.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Mohd Saiba Yaakub berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika berada di pejabat hanya memasang lampu di bahagian mejanya sahaja.

Beliau menggunakan lampu di atas meja sahaja untuk membaca atau melaksanakan tugas harian. Lampu di bahagian lain tidak dipasang.

Lampu-lampu lain hanya dipasang ketika ada tetamu mengunjunginya. Perkara itu sudah menjadi amalan sejak sekian lama dan bukan perkara baru, katanya di sini.

Menurutnya, amalan itu juga dipraktik anggota-anggota Exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri yang ternyata dapat menjimatkan kewangan kerajaan.

Kata beliau juga Menteri Besar sering kali memberi penekanan tentang pentingnya berjimat cermat dalam mana-mana pertemuan sama ada dengan pegawai kerajaan atau ahli parti.

Beliau juga memberitahu ketika Terengganu diperintah PAS pada 1999 sehingga 2004 Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan Wisma Darul Iman dan Kompleks Mahkamah Syariah menutup lampu ketika waktu rehat.

Menurutnya hasil daripada amalan berjimat cermat tersebut kerajaan Terengganu ketika itu dapat menjimatkan puluhan ribu setahun.

Mohd Saiba berkata, amalan berjimat cermat yang ditekan kerajaan PAS di Kelantan bukan sekadar ketika negara sedang berdepan dengan krisis harga minyak seperti sekarang.

Amalan itu ditekankan agama Islam sejak awal lagi dan bukan setelah terdesak seperti yang mahu diamalkan kerajaan persekutuan, ujarnya.

Kelantan juga mendahului banyak perkara dalam aspek pentadbiran yang kemudiannya ditiru kerajaan persekutuan. Antaranya cuti wanita bersalin 60 hari, cuti dua hari seminggu dan mewujudkan sistem gadaian Islam. – mj _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s