“Tiada yang keluar Barisan setakat ini” Musa Aman

Oleh Bernama
Isnin, 16 Jun 2008

KK: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata tidak ada petanda setakat ini bahawa sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri akan meninggalkan gagasan itu dalam masa terdekat ini.

“Mungkin ia hanya spekulasi sahaja…tidak ada sebarang petanda dan saya juga tidak menerima panggilan atau pengesahan mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Musa, yang juga pengerusi BN Sabah, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar tempatan hari ini, yang membuat spekulasi bahawa Parti Maju Sabah (SAPP) mungkin merupakan parti yang memikirkan untuk keluar daripada BN.

Ahad lepas, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa sebuah parti komponen BN akan meninggalkan BN sebelum hujung bulan ini.

Ditanya sama beliau telah menghubungi presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengenai ura-ura itu, Musa berkata beliau masih belum menghubungi Yong khusus mengenai perkara itu tetapi mengakui “telah menemuinya terlebih dahulu.”

“Dia (Yong) tidak memberitahu apa-apa mengenai SAPP meninggalkan BN,” katanya.

Mengenai kebimbangan Musa terhadap perkembangan politik di negeri itu, beliau berkata: “Saya tidak boleh memberi komen sekarang kerana bagi kami, kita mempunyai hubungan baik di kalangan parti-parti komponen BN negeri di Sabah.”

Musa juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melakukan lawatan singkat ke negeri itu esok dan akan menemui pemimpin Umno negeri serta berjumpa dengan pemimpin parti-parti komponen BN negeri.

Terdahulu itu, Abdullah dijangka merasmikan penutupan Persidangan Antarabangsa Ketua Pegawai Eksekutif Kedua 2008 di sini pada pukul 4 petang.

Sementara itu, timbalan presiden SAPP Datuk Raymond Tan menafikan bahawa parti itu akan meninggalkan BN.

Katanya, parti itu tidak membincangkan perkara itu serta memberi jaminan bahawa SAPP akan kekal sebagai parti komponen BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s