WPI pinggirkan Melayu, dakwa Dr Mahathir

Oleh Bernama
Isnin, 16 Jun 2008

TELUK INTAN: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa bahawa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia, koridor pembangunan di selatan Johor yang berdekatan dengan Singapura, bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu sebagai ‘Utara Singapura’ malah juga bakal menyebabkan orang Melayu di Johor terpinggir.

‘Penduduknya akan terdiri daripada orang yang kaya belaka dan mereka akan datang dari Singapura. Kawasan itu akhirnya tidak akan ada orang Melayu kerana mereka tidak berupaya nak beli tanah (disebabkan harganya yang mahal) dan apabila jumlah orang lain terlalu ramai, mereka akan desak meminta hak itu dan hak ini,’ katanya dalam satu majlis dialog di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang Melayu di sekitar koridor pembangunan tersebut agar tidak mudah melepaskan tanah yang mereka miliki apabila ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi oleh pihak tertentu.

Koridor ini, yang juga dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER), diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006.

Namanya ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) pada 4 Nov 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar sebelum sekali lagi ditukar namanya menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April lepas.

Keseluruhan kawasan pembangunan itu dikatakan menyamai dua setengah kali ganda keluasan Singapura dan syarikat Khazanah Nasional Berhad sebagai peneraju utama merealisasikan wawasan pembangunan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s