Abdullah Badawi berbohong lagi

Posted by SM Maulana

Dan Najib Tun Razak bersama-sama pimpinan tertinggi parti Umno sekadar berdiam diri untuk tidak berani membantah atau mengutarakan pandangan berhubung salah laku tersebut.

KAMAL AMIR MENULIS

PENGUMUMAN peralihan kuasa yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sejak akhir-akhir ini memperlihatkan semakin terserlahnya pembohongan imam besar mazhab Islam Hadhari apabila menatap berita pengumumannya untuk meneruskan hasrat menawarkan diri bertanding jawatan Presiden parti UMNO menjelang Disember 2008 akan datang.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang mahu melepaskan jawatannya membuat pengumuman untuk bertanding lagi? Di mana letaknya rasional Abdullah Ahmad Badawi mahu melepaskan teraju kepimpinan kepada pengantinya Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedangkan diwaktu yang sama dia menyatakan hasratnya bertanding jawatan tersebut? Bertanyalah budak kecilpun mereka pasti akan tertawa terbahak-bahak melihat kelucuan sedemikian.

Hairannya orang seperti Najib Tun Razak boleh percaya dengan janji seribu mungkin dari Abdullah Ahmad Badawi. Malahan lebih melucukan apabila dia tidak pula menetapkan tarikh bilakah peralihan kuasa tersebut bakal dilakukan. Dalam erti kata lain tidak mungkin terjadi serta terlaksana perjanjian tersebut memandangkan sejak akhir-akhir ini Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi semakin rancak melakukan siri kempennya keseluruh negara bagi mempertahankan jawatan Presiden parti dalam usaha menyekat kemaraan rakyat memberikan sokongan kepada mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Biarpun berjuta wang rakyat digunakan untuk tujuan politik, meskipun tindakan sedemikian boleh ditafsirkan sebagai politik wang serta pecah amanah terhadap wang rakyat namun atas nama mahu mempertahankan jawatan dia sanggup melakukan apa sahaja meskipun pelbagai jentera kerajaan diperkudakan sebagai tongangannya.

Apabila ketua-ketua Umno dari seluruh negara dihimpunkan setiap hujung minggu dengan menggunakan jabatan dibawah kementerian penerangan atas alasan mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan ketua-ketua cawangan, belanja kos membawa mereka ke Kuala Lumpur termasuk tempat penginapan serta jamuan yang diadakan tentunya didatangkan dari kantung wang negara.

Masih belum sedarkah lagi oleh rakyat berhubung penyalah gunaan kuasa dilakukan oleh rejim Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha meraih kembali pengaruhnya yang semakin pudar serta terhakisnya keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya?

Dan Najib Tun Razak bersama-sama pimpinan tertinggi parti Umno sekadar berdiam diri untuk tidak berani membantah atau mengutarakan pandangan berhubung salah laku tersebut. Apakah mereka kurang faham mentafsir maksud disebalik pertemuan yang dianjurkan seperti sessi pertemuan hati ke hati antara akar umbi Umno dengan Perdana Menteri melibatkan wang rakyat?

Terbaru semasa berkunjung ke negeri Kelantan, ratusan ribu wang dari kantung agensi kerajaan dipergunakan untuk tujuan berjamu-jamuan dikalangan pimpinan akar umbi Umno bersama Perdana Menteri. Sedangkan diwaktu yang sama rakyat diseluruh negara terus terhimpit oleh beban untuk menyara kehidupan kesan dari kenaikkan harga minyak di pasaran tempatan.

Begitulah licik dan rakusnya Abdullah Ahmad Badawi mengapai matlamat menghalalkan cara demi survival politik peribadinya. Soal rakyat mahu terus diulit seribu mimpi ngeri kesan kenaikkan harga barangan dipasaran bukan masaalah harus difikirkan olehnya. Samada rakyat terpaksa makan ubi kayu kerana meningkatnya harga beras di pasaran juga bukan persoalan harus difikirkan olehnya.

Apa yang penting bagi Abdullah Ahmad Badawi, kuasa politik mesti digapai sebanyak mungkin. Rakyat mahu terlingkup atau menderita juga bukan isu besar baginya. Biarpun hari ini bukan sahaja harga minyak dilambungkan untuk melonjak sebegitu tinggi, malahan kos pengangkutan serta harga barang makanan turut melambung tanpa mampu dikawal lagi.

Hari ini, bagi rakyat berpendapatan sederhana sekitar tiga ribu ringgit sebulan sudah hilang kelayakan untuk menjadi warga kotaraya dipersekitaran Damansara mahupun Taman Tun Dr. Ismail.(Sekadar menyebut satu dua kawasan perumahan elit di ibu kota). Setiap warga kota berpendapatan dibawah jumlah tersebut hanya layak tinggal menetap sebagai setingan atau pindah di hujung-hujung kawasan Gombak, Selayang, Pucong mahupun Kelang.

Menjadi lebih gawat lagi apabila gaji bulanan kakitangan kerajaan dibayar dua kali sebulan di mana dengan tindakan sedemikian sudah pasti marhain serta kakitangan kerajaan kelas sederhana tidak lagi mampu melakukan bajet perbelanjaan keluarganya seperti kata bidalan “bagai kain tak cukup, tutup dipusat nampak lutut, tutup bahagian lutut nampak pula lubang pusat”. Segalanya serba tak kena jadinya.

Disebalik kesan kenaikan harga minyak yang dilakukan secara mendadak dua minggu lalu disamping war-war dan hu ha hu ha bakal berlakunya peralihan kuasa serta kenyataan Abdullah Ahmad Badawi mahu bertanding jawatan Presiden, pemikiran rakyat begitu mudah dipesongkan untuk tidak lagi berbicara soal kedaulatan tanah air yang begitu teruk tercemar kesan penyerahan Pulau Batu Putih kepada Singapura hasil keputusan perbicaraan di mahkamah dunia The Heague.

Licik sungguh Perdana Menteri bersama pemikir di tingkat empat memesongkan perhatian rakyat dari mempersoalkan terhadap gagalnya kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan kedaulatan bumi Malaysia dari jatuh ketangan kuasa asing.

Rakyat dialpakan serta tidak lagi dapat menumpukan perhatian mereka terhadap isu besar hilangnya daulat negara merdeka untuk kembali terjajah apabila sebahagian daripada tanah jajahannya terjatuh ketangan kuasa asing.

Hanya dengan menaikkan kadar harga minyak dipasaran serta mendadaknya kos kehidupan kesan dari tindakan tersebut tiada terdengar lagi sebarang sosek-sosek gagalnya sidang wazir menyelamatkan Pulau Batu Putih untuk dikuasai oleh Singapura meskipun sejak berkurun lamanya pulau tersebut adalah menjadi sebahagian daripada tanah jajahan Malaysia.

Minggu lalu disebalik pengumuman kenaikkan harga minyak Abdullah turut mengumumkan bayaran rebet kepada pemilik kenderaan yang boleh ditebus di pejabat pos sejumlah RM 650 bagi pemilik kereta dibawah injin 2000 kuasa kuda. Seperti dimalam pengumuman kenaikan harga minyak maka berbondong-bondonglah rakyat berbaris di Pejabat Pos untuk mendapatkan rebet sejumlah RM 650 tersebut.

Persoalannya kenapakah pejabat pos dijadikan agen kepada pembayaran wang tersebut sedangkan semua mengetahui ia tidak lagi merupakan enteti milik kerajaan kerana telah diswastakan dengan pemilik sahamnya dikatakan turut melibatkan ECM Libra (seperti terdapat dalam kiriman sms ditelefon bimbit saya oleh seorang penghantar mesej) di mana syarikat tersebut turut dikaitkan dengan menantu Abdullah Ahmad Badawi @ anak tanpa bin @ Si Kitol @ Khairy Jamaluddin.

Melalui kiriman sms tersebut dikatakan kerajaan telah memasukkan sejumlah RM 8 billion kepada syarikat Pos Malaysia bagi tujuan pembayaran rebet itu. Di mana pula rasionalnya Abdullah membuat tawaran atau cadangan membayar rebet kepada pemilik kereta dibawah 2000 cc.

Tidakah terfikir dihati kecilnya meskipun rakyat memperolehi wang sejumlah RM 650 sebagai pengganti kepada subsidi minyak namun kesan kenaikkan bahan api itu mengakibatkan harga barangan dipasaran tempat melonjak sebegitu tinggi hingga menjadikan nilai wang ditangan rakyat menguncup dan merudum. Begitulah liciknya pembohongan Abdullah Ahmad Badawi mempermainkan kehidupan rakyat. Fikir-fikirkanlah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s