Anwar terus ‘jolok’ BN

Oleh Agendadaily
Selasa, 17 Jun 2008

SEBAGAI orang politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tahu beliau tidak rugi satu sen jolok dan terus jolok Barisan Nasional dengan cerita ada kalangan Ahli Parlimen mereka yang siap sedia nak melompat.

Makanya baik pada kenyataan maupun ceramahnya dimana jua kebelakangan ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu terus pasang ‘lagu’ itu untuk buat Barisan Nasional tak sedap badan.

Paling tidak bila semuanya berlalu tanpa apa-apa lepas 16 September – tarikh yang didakwanya kerajaan BN akan merudum menerusi tindakan melompat banyak alasan politik yang boleh dijadikan sandaran.

Terbaru dalam ceramahnya di Pulau Pinang Ahad malam lepas sebelum ini bermain dengan cerita tentang Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak ,kalangan Ahli Parlimen parti MCA pula menjadi sasarannya.

Anwar mendakwa pakatan pembangkang makin hampir ke Putrajaya.

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pilihan raya mengejut jika lompat parti dari BN ke pembangkang berlaku.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menyifatkan dakwaan Anwar adanya Ahli Parlimen MCA yang akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) bermotifkan politik.

Katanya, dakwaan tersebut hanya bertujuan hendak mewujudkan rasa saling curiga mecurigai sesama anggota parti komponen BN.

“Tidak ada kebenaran langsung dakwaan adanya Ahli-Ahli Parlimen MCA akan lompat atau tinggalkan BN. Dakwaan (Anwar itu) hanya bertujuan wujudkan rasa curiga di kalangan komponen BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sistem pesanan ringkasnya (SMS) kepada Agendadaily yang meminta komen beliau berhubung dengan dakwaan Anwar kononnya ada Ahli parlimen MCA akan sertai pakatan pembangkang tidak lama lagi.

Sementara itu Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Fu Ah Kiow dalam satu kenyataan menilai dakwaan Anwar itu merupakan satu gimik murahan.

Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu dakwaan yang tidak masuk akal.

Ia bertujuan menimbulkan perbalahan dalam kalangan parti komponen BN. “Ini adalah strategi beliau dalam mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri. Jelas sekali niatnya adalah buruk,” kata Fu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s