ISA: Suami aktivis GMI ditahan 2 tahun

Seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dilanjutkan tempoh dua tahun lagi, menyatakan kempen pembebasannya menambahkan semangat kepadanya dan rakan-rakannya.

Mat Sah Mohamad Satray, yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan Jemaah Islamiah (JI).

gmi anti isa candle light vigil protest kamunting 070608 08Beliau tamat tempoh tahanan selama enam tahun pada Khamis lepas.

Bagaimanapun sewaktu lawatan isterinya Norlaila Othman, Mat Sah memberitahu bahawa tempoh tahanannya disambung dua tahun lagi.

“Tidak, suami saya tidak menyalahkan kempen itu,” kata Norlaila, apabila ditanya kemungkinan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di depan kem tahanan Kamunting, Taiping (foto kiri) pada 7 Jun lalu antara penyebab suaminya ditahan lebih lama.

“(Mat Sah berkata) kempen GMI harus berterusan kerana ia memberi semangat kepadanya (Mat Sah), bahawa orang di luar mengingati orang di dalam tahanan,” kata Norlaila lagi, yang juga ahli jawatankuasa GMI.

Mat Sah bersama Samsuddin Sulaiman, yang bertugas di Kementerian Kesihatan sewaktu kedua-duanya ditangkap pada malam yang sama, dilanjutkan tempoh tahanan minggu lalu

Mereka berdua antara 10 aktivis JI yang ditahan selama enam tahun dan kempen GMI baru-baru bertujuan membebaskan mereka semua.

“Kasihan kepadanya, dia (Samsuddin) hilang segala-galanya. Dia berpisah dengan isterinya setahun lepas,” kata Norlaila.

gmi suhakam isa detainee 040608 norlailaBeliau menjelaskan bahawa Julai hingga Disember adalah fasa kedua bagi kempen GMI bagi tahun ini.

“Fasa ini, kita menilai semula (kempen) mengikut keadaan dan (memilih) mana yang lebih sesuai dan impak yang lebih besar,” kata Norlaila (foto) lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Antara kempen GMI ialah memohon resolusi usul mansuhkan ISA daripada lima negeri Pakatan Rakyat.

Tambahnya, GMI akan minta resolusi usul mansuhkan ISA daripada lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Rakyat untuk dibawa ke Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang berpusat di Geneva, Switzerland.

Norlaila berkata, GMI akan menjadikan ahli DUN (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan sebagai isu utama dan titik tolak berkempen ke peringkat antarabangsa.

“Beliau adalah Adun yang dinafikan hak (untuk berkhidmat) kepada rakyat,” katanya.

Norlaila juga menjelaskan GMI telah menerima emel daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR), sebuah suruhanjaya bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Louise Arbour berhubung tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara oleh kerajaan Malaysia.

“Dalam emel itu, beliau (Arbour) telah berkata bahawa beliau telah menerima beribu-ribu surat rakyat Malaysia tentang tahanan yang masih lagi ditahan tanpa bicara di kem tahanan Kamunting (lebih daripada 6 tahun),” katanya.

Dalam emel itu, tambah Norlaila, “pertubuhan itu memberi masa selama 90 hari kepada kerajaan Malaysia untuk menjawab kenapa masih ada lagi tahanan di situ, yang ditahan tanpa bicara.”

Menurutnya lagi, GMI telah menerima emel daripada pesuruhjaya itu, pada akhir bulan lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s