Kedah cari pelabur bangunkan Hospital Islam

Oleh Bernama
Selasa, 17 Jun 2008

ALOR STAR: Kedah mempelawa syarikat swasta untuk membangunkan sebuah pusat rawatan Islam di sini, dengan menawarkan tapak dan insentif tertentu kepada syarikat yang berminat.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, berkata sehingga ini sebuah syarikat kewangan asing Kuwait Finance House (KFH) sudah tampil menunjukan minat untuk membangunkan hospital berkenaan dan kerajaan negeri sudah bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenainya dengan syarikat itu.

“Perbincangan mengenai kos dan tempat pembinaan akan diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak yang berminat,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat wakil KFH di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Katanya, selain dari pembinaan hospital Islam, KFH juga menyuarakan minat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam bidang pertanian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s