K’jaan benar pendaftaran PSM

Posted by SM Maulana

– Malaysiakini
Selepas 10 tahun menunggu, akhirnya, kerajaan membenarkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendaftar sebuah sebuah parti politik.

Setiausaha Agung penaja PSM, S Arutchelvan berkata, peguam parti itu hari ini meminta Mahkamah Persekutuan menangguh keas rayuan PSM terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonannya untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya menangguhkan kes tersebut selama dua hingga tiga minggu sementara menunggu pendaftaran parti tersebut.

Arutchelvan memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menghantar memorandum melalui emel kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada 28 Mei, memohon campurtangan menteri itu dalam kes tersebut.

Syed Hamid menjawab pada minggu berikutnya, juga melalui emel, bahawa kementeriannya akan menyokong pendaftaran PSM, yang sebelum ini telah ditolak oleh pihak kerajaan selama hampir satu dekad.

“Pada 4 Jun, saya menerima emel dari (Syed Hamid) yang mengatakan “kami akan membenarkan pendaftaran (PSM) diteruskan,” kata Arutchelvan.

Pagi ini, Arutchelvan menerima surat dari pihak kementerian berkenaan meminta parti itu mengemukakan permohonan pendaftaran yang baru.

Katanya, permohonan baru itu hanyalah satu ‘formaliti’.

Sejarah permohonan

Pada 30 April 1998, PSM memohon untuk menubuhkan sebuah parti politik tetapi hanya dibenar untuk aktif di Selangor. Rayuan kepada Menteri Dalam Negeri ditolak.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, pengerusi jawatankuasa penaja PSM, Dr Mohamed Nasir Hashim, memfailkan satu permohonan bagi kajian semula kehakiman untuk membatalkan keputusan menteri itu tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 13 Januari 2003.

Selepas itu, ia dibawa ke Mahkamah Rayuan yang kemudiannya sebulat suara menolak rayuan itu dengan kos pada 16 Ogos 2006 dan mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Akta Pertubuhan 1966 membolehkan pendaftar mengenakan syarat-syarat yang dianggap wajar sebelum mendaftarkan sesebuah pertubuhan.

Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya memutuskan bahawa dasar ROS yang memerlukan jawatankuasa sesebuah parti politik mengandungi wakil dari sekurang-kurangnya tujuh negeri dalam Persekutuan apabila pendaftaran untuk peringkat nasional bukanlah amalan yang tidak munasabah.

Pada 23 April 2007, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memberi kebenaran kepada PSM untuk membuat rayuan terhadap keputusan yang tidak membenarkannya menubuhkan sebuah parti politik di peringkat kebangsaan.

Mahkamah membenarkan PSM untuk merayu dan membahaskan merit kes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu. Mahkamah Mahkamah Persekutuan mendengarnya pada hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s