Masuk Umno: Ezam beri penjelasan di Sepang malam ini

Oleh Wartawan KLpos.com
Selasa, 17 Jun 2008

SEPANG: Hasrat bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor untuk menyertai Umno menimbulkan banyak andaian, berikutan itu, sekumpulan ahli dan bekas ahli PKR di Sepang Selangor menjemput Ezam bagi mendengar sendiri cerita di pihaknya.

Menurut bekas exco Pemuda PKR, Abdul Ghani Haroon, pertemuan itu akan diadakan di Balai Raya Kampung Ulu Jenderam, Sepang malam ini.

“Ramai di antara mereka adalah bekas ahli PKR yang tidak lagi aktif, mereka tertanya-tanya mengapa Ezam memilih Umno, jadi mereka jemput Ezam untuk dengar sendiri penjelasan,” katanya kepada KLpos.com.

Sementara itu, KLpos.com, dimaklumkan Ezam menerima banyak jemputan serupa dari berbagai pihak yang ingin mendengar penjelasan beliau.

Ezam dijangka akan menghadiri ceramah anjuran Umno Kuala Terengganu pada 19 Jun ini, di ikuti majlis penerangan di pejabat Umno Selangor pada 21 Jun.

Manakala, beliau akan menghadiri forum bersama Umno Bandar Tun Razak pada 25 Jun.

Beliau akan menghadiri jemputan Umno bahagian Larut pada 27 Jun, dan Umno Lumut pada 5 Julai, selain itu, Ezam dijadulkan menghadiri jemputan Umno Shah Alam pada 11 Julai ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s