MB: Islam hadhari ‘buang masa’

Posted By SM Maulana

dikemaskini Selangor tetap dengan keputusannya tidak membenarkan program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu kerana ia “mengelirukan” dan programnya “membuang masa”, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menambah, Islam hadhari hanyalah “persoalan nama” dan tidak harus menjadi isu.

first 100 days khalid ibrahim interview 160608 04″Sebenarnya memang tidak ada isu. Isunya, kita tidak mahu menggunakan nama hadhari. Itu saja. Hadhari itu mengelirukan masyarakat. Kalau Islam, Islamlah, buat apa hadhari lagi,” katanya, sewaktu diminta mengulas kenyataan exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali bulan lalu.

Khalid turut menyifatkan program itu sebagai “membuang masa”.

“Tetapi kalau aktiviti menerangkan apa itu Islam Hadhari, buang masa sajalah. Itu kita tidak bagi. Buat apa, buang masa.

“Kita bagi kalau nak menerangkan macam mana tauhid, tajwid, bersatu, itu okey. Ini asyik nyanyi lagu Islam hadhari buat apa. Majulah lebih sikit,” tambahnya, di kediaman rasminya Sabtu lepas.

Dalam wawancara bersama beberapa media berbahasa Melayu bersempena sambutan ‘100 hari kerajaan baru Selangor’, Khalid bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat usaha mempromosikan versi Islam ini oleh kerajaan persekutuan di negeri itu.

“Ada, saya dengar. Ada budak-budak sekolah, budak universiti kena tahu apa itu Islam hadhari. Itu darjah tiga, darjah empat saja.

“Pada saya, (di) peringkat universiti, (perlu dibincangkan soal) mengapa perbezaan Islam zaman Saidina Umar dengan zaman Ottoman (Turki). Dan bagaimana cara ia dibangunkan.

“Macam saya mengkaji macam mana Umar Abdul Aziz dapat memerintah di zaman Baghdad, (ia) berbeza dengan pemerintahan Ottoman di beberapa tempat (seperti) di Granada, Sepanyol, di Sarajevo.

“Saya nak buat sesuatu lebih tinggilah. Maknanya orang Malaysia boleh berbincang dengan luas Islam yang kita hendak perkembangkan,” katanya, mengulas program-program Islam hadhari yang dijalankan jabatan persekutuan di negeri itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s