Membangunkan Tenaga Alternatif

Posted by SM Maulana

The Antics of Husin Lempoyang
Apabila harga minyak naik, maka sekali lagi kita dengar seruan perlunya membangunkan sumber tenaga alternatif. Kita banyak tenaga alternatif yang boleh dibangunkan tetapi oleh sebab subsidi minyak, minyak masih murah. Selagi tak terantuk, kita tak terngadang.

Jika penyelidik kita mahu cuba, Husin ada ide untuk menjana tenaga dan membantu mengekalkan alam sekitar ia-itu menggunakan kentot. Bayangkan gas original ini dijadikan NGV untuk sumber tenaga teksi.

Sumber tradisi tenaga adalah membakar kayu. Sumber itu kini dipanggil dengan terma yang lebih canggih sekrang ia-itu tenaga biomass. Kalau TNB mahu membantu membangunkan tenaga alterantif, mereka boleh bina IPP kecil menggunakan biomass dari sampah sarap, barangan buangan ladang, dan lain-lain. Enjin generator biomass pun Husin sumber dan agensinya.

Tapi TNB tak mahu, macam-macam cekadak lah mereka kasi alasan. Korparat kita manja … fikir nak buat duit saja, termasuk korporat kerajaan.

Satu masa, heboh pasal bio-diesel. Rupa-rupanya cuma 5-10% saja minyk sayuran yang dicampur minyak diesel. Taklah mengurangkan sangat minyak. Grant dan insentif diambil tapi apa hasilnya? Ini kena tanya JJ yang dahulu MOSTI. Kadang-kadang keliru cuba memahami JJ, dia ini kerajaan atau korporat?

Dulu bising pasal tenaga solar. Kalau kita pergi pameran2, macam-macam solar panel yang dipamerkan. Tapi setakat guna di rumah. Industri-industri kita manja, tak mahu ambil jalan susah dan jangkamasa panjang tetapi bergantung penuh dengan elektrik dan minyak. Biasalah korparat …

Kalau kita bersunggoh-sunggoh, boleh dilakukan. Taik lembu di India dijadikan sumber tenaga untuk kegunaan rumah-rumah dari proses yang boleh mengeluarkan gas methane. Di sinilah Husin dapat ide semasa melihat saluran National Geographic di Astro. Dengan harga barang dan tenaga naik mendadak, orang berjimat dan ikat perut. Banyak perut yang berangin.

Sejak Khalid Ibrahim menghampiri 100 hari pertama sebagai Menteri Besar Selangor, perut Husin pun dah balik perangai lama terkentot-kentot. Bagi siapa yang ingat, apabila pelik-pelik berlaku, mulalah. Ada pulak laporan polis ke atas pegawai Khalid oleh ahli-ahli PKR. Reaksi pelik Khalid. Terbongkar kroni Khalid dengan Cina.

Mana pula peel si Dolah Dilly Dally dan Flip Flop Flup?

Kalau ada penyelidik boleh buat sistem untuk menakong udara kentot Husin yang serupa gas methane dari taik lembu, kentot itu boleh digunakan menjadi gas masak. Jika cukup banyak, boleh dijadikan NGV dan digunakan oleh kereta-kereta dan kilang-kilang.

Bagi memperbaiki baunya, boleh dicampur dengan herba lavender. Boleh juga diguna jadi air freshner. Kalau semua teksi pakai, harum semerbak bandar-bandar utama Malaysia. Banda lain macam Johor boleh pakai, bau pandan. Penang pakai bau daun kari.

Pasti boleh memohon tanah dengan kerajaan Khalid, Hasan Ali dan Ronnie Liew untuk buat kilang. Kalau kilang Carlsberg dan rumah urut pun tidak tutup, tentu boleh bina kilang memproses kentot.

Wow! Kentot orang pun boleh buat business dan spin politik la …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s